Tuesday, July 26, 2011 | By: Theye

Chocholate Lava..

assalamualaikum..ehem2..nak cari masa jugak nak taip resepi nih.. saya guna resepi ni sebab malas nak amsak dinner..so gantikan dgn kek nih..hik3
p/s: aufa cepat wat! yer..



RESIPI CHOCOLATE FONDANT

Bahan-bahan
140 gm dark choc@coklat masakan
90 gm butter
130 gm gula
70 gm tepung gandum
4 biji telur
1 st esen vanila

Cara-cara
> Panaskan oven.
> Grease acuan muffin/ apa2 bekas kecil la (yg mudah utk mengeluarkannyer nnti) ngan butter. pastu taburkan tepung. hentak2kan. lebihan tepung kluarkan. - cara ni utk mengelakkan melekat.
> Double boiler kan dark choc sampai cair. pastu masukkan butter dan kacau rata. tutup api.
> Bekas lain pukul telur dan juga gula.
> masukkan choc cair tadi dan gune tepung. gaul sebati.
> masukkan dalam acuan. Bakar 180 selama 10-12minit.jgn lama sgt nnti jd cam cupcake. sbb fondant nih lembut di luar, cair di dalam.
> berhati2 masa nk kluarkan dr acuan/bekas... takut terburai coklat tuh! hihihi
> sedap makan ngan aiskrim vanila @whipped cream. yummy!!!
> mkn panas2 supaya coklat cair tuh dpt dnikmati dengan lazatnyer!

* kek ni jenis yg cair di dalam..klu kt potong kek nih, akan keluarlah cecair coklat tuh
** nak sedap n lebih kick! guna dark chocolate, n nak pahit lagi letaklah serbuk nescafe 1 sudu
*** klu nak jdikan kek tu lagi lembab..meh try guna steam bake..letak air dalam tray, pastu letak bekas
**** selamat  mencuba!
Thursday, June 16, 2011 | By: Theye

tadika kanak-kanak OISCA

assalamualaikum...
haaaa nak bercerita tentang kisah belajar di tadika kanak-kanak OISCA. murid yang plaing muda dan cute ialah  ialah kami yang berusia 20 thun. eh tapi saya lah yang lagi muda, baru je 19++ jer.. haa kenapa saya panggil tadika? sebab..memanglah terasa silibus yang diajar sangat2 lah macam tadika. belajar mengira dari satu smpailah seratus, belajar balik menulis, beberapa perkataan..tapi smeuanya dalam bahasa jepun..owh bezanya...klu dekat tadika, budak2 yang nakal2 pg main tarik2 rmbut..nnti terkuluarlah ayat sedemikian rupa

"cikgu, dia buat saya"
"cikgu dia tarik rmbut saya yang cantik ni" (kecik2 lagi dh perasan)
"cikgu..dia cakap dengan si A jangan kawan dengan saya)

ish2,..sangat2lah kebudak-budakkan kan2... agak2 kalau lah buat ayat2 macam tu dekat IGA sensei atau FITORA sensei..maulah dapat pelempang jepun sedas dua kan2... *angguk2*

minggu pertama..tugas keja saya ialah menggelakkan sensei..sebabnyer??reaksi yang sangat kelaka disamping bersemangat sungguh menggelakkan kami2 budak2 tadika pelajar2 nih sebab tersalah sebut bahasa dia..alah..bagi dorang mcm istilah air kosong, kita sebut air dodong.. kelaka ker??eh2?

mgug ke dua, tadika kelas kami dimeriahkan dengan kehadiran fitorah (baca: fitrah) sensei.. dan dia sangat2 comel! dengan gaya dan kegarangannyer ketegasannya..no wonder lah iga sensei asyik2 lah sbeut pasal fitorah sensei tuh. dh jumpa baru lah perangai dia mcm mn..frame gambar pon dia siap check ada habuk x..klu x..MOICHIDO (sekali lagi) bersihkan kelas...

mggu kedua..kerja saya asyiklah nak naik geram dengan sensei..lagi2 hari nih..sebabnyer?? dia asyiklah ank potong markah time ujian...isk3 sedey tau!even setangah2 markah kena tolak..kena tolak sebab spelling error macam terlebih A atau terkurang A. hari ni geram sebab.. soalan tanya kelas tnggkat berapa, okay saya org malaysia, jawablah tgkt 2, tp klu kt jepun, tu dikira tgkt 3! dan snesei tanpa belas ehsan..sanggup potong markah! isk2..kejam!

**now..cut the crap!**

selama dua minggu belajar dengan org jepun, adalah beberapa perkara yang saya terperasan..antaranya..

*agaknya kalau susun macam nih, sensei nak cakap apa?*
1. mereka bawa budaya mereka di sini. contoh, sebelum masuk kelas, kena bukak kasut kan2..pastikan kasut anda disusun secara terbalik, (reversese position) okay..IGA sensei xheran pon, tapi..fitorah sensei akan sebut "DAME!" (xboleh!, jangan!) budaya mereka selepas kelas, dalam 15minit, kena bersihkkan kelas. dan kami yang masih budak2 ni pon mesti bersihkan kelas jugak..termasukklah mop tandas dan kelas!

action macam dalam komik
2. mereka ni BERGAYA haa gaya di sini bukanlah maksud berpakaian macam artis2 berjalan kat red carpet tuh,..tp..setiap tindakan atau action yang nak ditunjukkan, mestilah dengan gaya2 sendiri. maklumlah, mereka nak kt belajar bahasa jepun kan2..contohnya, macam fitorah sensei, semngatlah bergaya macam nak terbang..laa rupa2nyer nak cerita tahun amerika gugurkan bom kat nagasaki dan hiroshima. my childfren, AIDA-san, ckp...


"sensei ni kalau masuk pertandingan regu, conform menang! banyak betul bahasa isyaratnyer"

haa betul jugak! baru perasan,  suasana macam dalam regu show, sebab nak teka apalah yang sensei cuba sampaikan

3. mereka ni penyabar  ni kes nak kena ajar benda yang mereka dh master, tp si pelajar rs sangat2 susah..alah..contoh dia..macamlah nak ajar adik2 kecik 3+2=5, bagi kita senanglah, dan sangat2lah sennag nak ucapkan ayat ni pada budak2 kecik tuh


"aiii benda yang senang macam ni pon xboleh nak buat?" dan terserlah ketidaksabaran anda di situ..heheh
tapikan...hari tu iga snesei nak ajar nombor2..sabar dia tunggu budak2 tadika ni menyebut satu persatu nombor dalam bahasa jepun. xmarah pon kan2..

4. tetiap pagi ktrg kena wat senaman pagi! n dorang ada lagu2 sniri, lagu tu ktrg dpt dengar dr handphone iga sensei dari jauh, xdgr sgt senanyer lagu tuh, (sensei xnak ker bluetooth lagu tuh?) dan senaman pagi tu xderlah yang macam lagu "malaysia cergas" siap wat gimrama segala bagai! senanman dorang ringan2 jer..

okay..sekarang saya dh penat..nnti saya ingt (dan rajin) saya tulis lagi yer

p/s:masih tetap geram dengan sensei sebab potong markah! (klu gitu patut geram dengan smeua cikgu2 saya sebab markah yang rendah)

p/ss: kenapa (bekas)org sebelah saya kenapa moody hari nih? even pagi tadi duk kacau2 pon, dia xder mood nak layan..ish2..

sayoonara
Thursday, June 9, 2011 | By: Theye

Nihongo, OISCA

assalamualaikum!!!!
konbanwa (selamat malam)
wah..akhirnyer..berjaya jugak menjadi pencuri masa tuk bertemu dengan theye nih..hahaha
bagi yang tertanya2..kemana perginya si pemalas nih,..
ehem2 *clearing throat*

saya terlibat dalam kelas bahasa jepun dekat kolej kemahiran tinggi mara..sebenarnya, kelas ini untuk pelajar2 sijil IKM, siapa yang lulus, boleh pg fly ke jepun untuk praktikal selama 3 thn..
jesteru..saya dengan begitu xmalu, ter'join' kelas ni..

first day, sangatlah kerja gelak jer sebab tengok IGA sensei (cikgu IGA) membebel sorang2 guna nihongo (bahasa jepun), huh... memang giler, kawan sebelah sibuklah nak cakap yang dia tu mcm syok sendiri..

*well xbaik tau org sebelah nih..ish3*

perkara pertama yang di ajar kepada hatatachi (kami semua), tenko! (kawad)
okay..sila jangan terkejut kay..ni bukan macam kawan panglima o ntah-hape-hape-lagi-jenis-kawad-tu
kawad ni sangatlah sekejap dan tidak mengeluarkan peluh!, apa yer yang ada??
yang ada..hanya luruskan barisan, cek diri, nombor dan tabik hormat..simple kan..
yang menariknya..command tu smeua dalam bahasa jepun! bayangkan punyalah kitrg terpinga-pinga

dalam hati duk pikir..
*apa yang dia pg bebel tuh*
macam ayam dan itik berborak jer situasinya..

tapi..tetap ikutlah...hehehehe

eemmm masuk kelas, barulah sensei ajar apa yang disebut tadi.. dalam pada itu, agak terkejut bila pada melihat sensei gelak agak nak terguling sebabnya?
hatatachi salah sebut perkataan dia.. wah!!korang ank gelakkan??meh tengok dulu perkataanya tuh..

kochirakoso doozo yoshirakoso onegaishimasu

shitsureishimasu

sila decide, adakah anda bakal digelakkan atau ..... (sila lengkapkan ayat ini dengan tidak melebihi 100patah perkataan)

apa yer lagi yang saya perasan??? sensei tu suka sangat melukis! bayangkan, nak terangkan ada sorang algi sensei perempuan,pakai tudung, bermata besar, siap lukis lagi..owh.. i wish i can show the picture
siap boleh beri kenyataan, lukisan dia serupa dengan cikgu tu nanti.. HAHAHA (cukuplah 3harkat)

lagi? nihong-jin ni pentingkan eksperasi dalam setiap situation
contohnya, kalau nak sebut sumemasen (mintak maaf) xboleh lah nak buat muka gelak2 atau malu2, tapi..kena lah buat muker serius! kalau nak buat contoh, rumah sakit, eksperasi muka dan action sakit perut tuh nak dihantar pg hospital itu, sangatlah REAL!!!

hari ini, kami belajar tulisan nihong-jin, belajar hiragata (jawi jepun).. dan diberi shokokin (kerja sekolah) satu huruf, satu page, kesemuanya?? ada ju page (10 page) okay..jangan terkejut..sebab..kami pon memang dah terkejut sangat dah..esok kena hantar..

tapi..skrg nih..g0 selesai, g0 lagi.. (5 dah selesai, 5 lagi)..

saya rasa kena stop! sebabnya? ada komitment lain nih..hehhe

sayoonara!

p/s: kesian akt rumah, makan minum xteratur..anggap je tukang masak pegi buat kerja lain

p/ss: dh dapat tugasan abru dr tuan president

p/sss: bila nak siapkan assingtment ibu???
Wednesday, June 1, 2011 | By: Theye

resepi pop corm ikan!

assalamualaikum..
pada petang yang penuh barakah ini, TheYe nak kongsi satu resepi yang berinspirasikan dari lebihan tepung ayam dan juga ikan jacket yang punyai kulit yang keras

POP CORN IKAN

bahan-bahan

ikan
(TheYe guna ikan tenggiri)
cili padi 
(dihiris)

ramuan tepung

tepung beras
*lada sulah
*lada hitam
*jintan manis
serbuk kari
serbuk kari
garam
(kesemuanya di adun sebati)
* sila tumbuk atau blend yer*

cara-cara

1. ikan dikukus separuh masak, hingga isi boleh terasing dari tulang
2. asingkan isi ikan dari tulang
3. blender isi ikan
4. gaulkan cili padi dan isi ikan hingga sebati
(kalau ingin banyak sikit, cmapurkan sepertiga tepung gandum)
5. bulatkan adunan tersebut ala2 ikan bola (fish ball)
6. gaulkan dengan telur
7. gelekkan dengan tepung
8.goreng atas kuali!

senang kan2... silalah mencuba..andai kata ada sebarang masalh..silalah bertanya kembalii pada TheYe yer..

*owh lupa nak bgtau..TheYe itu..adalah saya..saja nak bait unik sikit

sekian terima kasih

siri KAKS IV #2: 10 steps to generate the next million-dolar business

assalamualaikum

dalam sesi motivasi keusahawanan yang disampaikan oleh Dr. Fakhrul Anwar Zainol


10 steps to generate the next million-dolar business

  1. start thinking
gunakan kedua-dua belah otak untuk berfikirkan sesuatu produk. cuba jadikan  rutin biasa (normal routine) itu sebagai habit. kenapa ya? owh..hal ini disebabkan, benda yang telah menjadi habit, tidak memberatkan diri untuk melakukannya kan2..xkisah apa2 pon sebenanrnya. sebenarnya begini, manusia kan selalu berfikir, jesteru jadi kan habit untuk sentiasa berfikir di setiap waktu, melalui pandangan dan sebagainya

2. buy a notebook

bagi yang punyai PDA, gunakan sahaja kemudahan itu, jikalau tidak, silalah menggunakan buku nota (notebook) untuk mencatit segala idea selepas berfikir. idea ni kan datang secara tiba2 dan perginya pun secara mengejut. tidak kira dimana dan bila, silalah mencatakan apa-apa sahaja yang terlintas di benak fikiran sebelum dihalusi dan dihiasi dengan tambahan2 penambaikan terhadap idea tersebut

3. follow your passion

pilih jenis perniagaan berdasarkan minat. sebabnya? di saat perniagaan anda terumabang-ambing atau sedang mengalami saat sukar (hard time), hanya minat yang akan mendorong anda untuk tidak berhenti berusaha.

4. keep your eyes open

sila buka pandangan.perhatikan keadaan dunia dan persekitaran yang sedang berlaku di sekeliling kita. lihat perniagaan orang lain, boleh saja jadikan sebagai perniagaan sendiri bukan..maklumlah..pertandingan sesuai (perfect competition), mestilah banyak jenis perniagaan yang sama kan2
*sila angguk2 sekarang*




5. capitalize your strenghts

setiap insan diciptakan dengan kekuatan masing2. jesterus, telekilah diri snediri, melihat kepada pengalaman snediri, apa yang yang kita bagus? apa sahaja....mungkin di situlah sumber kekuatan kita, dan mungkin itu jugalah titik permulaan kepada perniagaan kita

6. explore new thing

masa semakin berjalan, dunia semakin ke hadapan. satu jenis produk dah semakin banyak di pasaran.. apa kata jikalau kita meninovasikan produk tersebut? supaya lain dari yang lain..meh nak bagi contoh, biasa dengar perihal nuget ayam, dan bermacam jenis pon..haaa xsalah kan kalau kita buat nuget tempe pulak! mm nyum3..sedap tau!!

7. check your bank account

owh,yang ini, berkaitan dengan modal segala. walaupon kita diberi kemudahan pinjaman, mesti ada penyata gaji dan penjamin, maklumlah duit yang sedang dibicarakan bukannya seringgit dua

8. know what you want in youlife

dalam hidup, apa ya tujuan (goal) kita? nak kaya? nak mencecah eksport import? apa sahaja

9. choose biseneess that suit with your personality

contohnya begini, andai kata anda seorg yang suka untuk berkerja dengan mesin, tidak suka untuk berjumpa dengan manusia, janganlah pilih perniagaan yang menggunakan air liur macam kaunseling dan sebagainya..nantikan perniagaan ini merupakan tekanan  buat dri snediri..ahh tensionnyer..

10. read about other people that started their own business

dapatkan semangat dan sumber inspirasi dari mereka yang telah berjaya. contohnya, mengenai kisah syed bbukhary! sangat menarik tau!


siri KAKS IV : #1


assalamualaikum..

entry ini diindpirasikan oleh my sweetest rumate, yana..sebab..dia xdpt hadiri kursus yang berlangsung selama 6hari 5 malam di besut..

dituju khas buat sesiapa yang berminat..moga peroleh sesuatu

KAKS, singkatan kepada kursus asas keusahawanan siswa. bertujuan memberi pendedahan kepada siswa-siswi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya. pendedahan yang dimaksudkan lebih kepada cara-cara dan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman modal sebelum memulakan perniagaan.. banyak tau syarikat yang terlibat!!!

antaranya ialah..


  • INSKEN

  • TEKUN
  • PUNB
rasanya..xder kot yg tertinggal..

kemudian..syarikat atau perniagaan yang telah ditubuhkan, hendaklah mendaftar di bawah SSM tau2!! owh SSM tu apa yer??

SSM itu ialah... suruhanjaya syarikat malaysia. pendaftaran hendaklah dibuat 30 hari selepas berniaga... ooppss.. jangan tanya TheYe yer apa tindakan yang diambil kalau xmendaftar..anggap jelah..alam fantasi memerlukan TheYe saat itu..

antara program lain yang kami jalankan sepanjang program, adalah motivasi keusahawanan, pertandingan pernigaan dan rancangan perniagaan..

insyaAllah pada keluaran yang berikutnya, TheYe akan cuba untuk kupas satu persatu ya!

***pengalaman di sana

first day, mmg sangat2 pening mencari bilik, dan sangat2 menderita disebabkan air cond tidak berfungsi, lampu tandas tidak menyala.. bayangkan jelah yer..

okay...TheYe berangkat dulu...
salam..
Tuesday, May 31, 2011 | By: Theye

resepi sandwish telur

ehem3...*clearing the throat*

pada hari yang cerah yang ala2 separuh mendung ni, my adik kecik yang paling mengada-ngada dan manja tu, teringn lak nak sandwish telur..saat itu,dia kena faham..kakak dia yang pemalas rajin ini..memang xbuat sesuatu kalau xikut mood..jesteru..wat sniri yer pojan...

resepi sandwish telur

telur 5biji (direbus)
mayonis
lada hitam

  1. sejukkan telur yang dah direbus dgn cara merendam dalam air paip, agak2 dah suap, kupaskan kulitnyer dan sagat setiap biji telur
  2. campurkan mayonis hingga adunan menjadi gebu, maknanyer....smpi adunan tu sesuailah ank disapukan kat atas roti nnti
  3. campur black pepper...
  4. gaul sebati
  5. dah siap pon..sila kemas kembali segala perkakas dan peralatan yer..sekian terima kasih

*lagi sedap makan time ramuan ni sejuk tau!!!
senang dan mudah kan2...dan sedap..jesteru..silalah mencuba.sekian..terima kasih

**sumber: dari ibu, belaja rwat ni time kecik2

pojan dh berlagak depan kakaknyer...aii baru sandwish si pojan oiii..taperlah.. at least ko xkacau ana kan2
Monday, May 23, 2011 | By: Theye

~senyum~

bandung dulu
baru jakarta
senyum dulu
baru baca

assalamualaikum...

~senyum..
seindah suria
yang membawa cahaya~

agak2..pernah x dengar lagu di atas??mm sangat sedap hingga menjilat lolipop coklat kan2.. tertarik nak tulis pasal senyum nih..sejak tgk citer mr brain episode 9..dia boleh cerita pasal sejarah senyum..aiyo!! 

ehem3..meh nak bukak cerita sikit, mr brain ni percaya teory darwin, nenek moyang kt dulu berasal pada monyet! (sangat xbez pemikiran dia ni).. 

dulu monyet ni kalau dia rs ada musuh yang hampir yang sedang menyorok disebalik semak samun, monyet pon sedia keluarkan gigi taringnyer..namun, apabila terlihat wajah sebenar 'musuh' yang difikirkan itu bukannya musuh, untuk mengcover taringnyer..dia pon senyum..haa percaya x??klu ada soalan..sila tanya mr brain..dan org itu bukan saya..

ehem3 *clearing throat*
tujuan utama post nih, bukannya nak bukak kelas senyuman ala2 model catwalk tuh..tapi nak bgtau kelebihan2 sneyum yang timbul dlm kepala saya nih...hik3..

gorilla pon nampak comel kalau senyum!
1. nmpak cute


even ada yang cakap, muker ketat tu lagi cute??tapi kan2..bg saya..org yang senyum itu lagi berseri. meh cuba pikir kenapa setiap kali bergambar, mesti automatik nak senyum??kenapa2?? ni mesti kes nak nmpk indah je kan2, eventhough dlm hati and suasana yang sangat2 memeritkan. maklumlah, gambar..boleh menipu..jesteru..stay cute!

tak tergoda kah untuk membeli jika mereka tersenyum?
2. nak mintak sesuatu


kalau nak mintak gula2 sebiji kat mak sebelum buat muker kesian kat kedai serbaneka?? mesti senyum dulu kan2..x pon dalam situasi, parent or mereka2 yang berkenaan sedang berehat2, kita datang, senyum jer..mesti akan terkeluar dialog ni

'senyum2, ni mesti ada paper ni'

betul x??so..agak2 kalau ada firasat hati yang xterluah tuh..silerlah senyum..lets the smile do the talking!!hahah

3. nak lariskan produk

part ni sangat2lah berguna untuk mereka2 yang mennjadi peniaga.. tindakan pertama untuk menarik pelanggan, mestilah senyum kan2!!! come-onlah.. ah-long pon kalau nak jumpa dengan  si-dia-yang-tidak-mampu-disebutkan-namanya, mestilah dia senyum sebelum menagih hutang kan2..(sila angguk sekarang)
menerusi pengalaman, kalau nak buat direct selling tuh, even dah penat sambil mengangkat barang2 yang berat waktu program KAKS IV, tetap juga (mampu) tersenyum..alasanya? nak habiskan produklah..

4. senjata untuk musuh

okay, part ni mungkin agak kejam..tapi sangat2lah effective (buat diri saya sekurang2nya)
dalam situasi mereka doklah mengata sakan dan curse yang bukan2 di-batang-hidung-sendiri, dun worry, janganlah nak pg curse2 balik, sebabnya.. kita pon turut panas, dia at least gembira lak sebabnya ada yang melayan, tetapi, tarik nafas, dan senyumlah! meh teka apa perasaannyer?? mestilah dia lagi berhangin2 kan2..wah! hebat kuasa senyum ni...

dalam kondisi yang lain, waktu pertandingan debat..sangat2lah sesuai..selain mengganggu psikologi pihak lawan, boleh jugak kita buat mereka xsenang duduk.. owh..saya pernah punya pengalaman sebegini, perasaan ketika itu? kalau boleh nak lempang je si-dia-yang-asyik-tersenyum

saya dah senyum, awak sudi berkawan dengan saya?
5. experasi pertama

walau idiom menyebut "dun judge a book by its cover", tapikan..senyum ni eksperasi pertama kan2.. meh nak bagi contoh agak2 kalau kita tersesat kat jalan chow kit atau jalan masjid india, siapa jer yang kita nak tanya dulu? adakah muke mereka yang bengis (ala2 pembunuh bersiri gitu) atau pon mereka2 yang tidak lekang dek senyuman? rasa dah dapatkan jawapannya..

situasi lain pulak, kalau kt berada di tempat baru ker..contoh, baru masuk asrama, nak mula cari kawan, mestilah senyum2 dulu baru nak berkenalan kan2..

6. sedekah

pernah dengar x?

'senyum itu sedekah'

mesti pernah kan2..so...agak2 anda seorang yang pemurah, tetapi kurang berkemampuan, senyum ajalah! jangan peduli dengan balasan (kalau mereka yang disenyum tidak membalas senyuman), sebab..kita kan niat bersedekah..jesteru..terpulang mereka lah kan2..

owh ya, jika anda dalam kondisi yang sangat berat, mari, saya ajarkan senyum yang paling berkesan

tarik nafas, dan senyumlah!

walau senyum itu mungkin tidak dapan membantu menyelesaikan masalah, sekurang2nya, senyum memberi harapan untuk diri, supaya terus kuat untuk meneruskan kehidupan..bukan begitu? ketika itu, hanya senyum yang mampu dilakukan..





*saya xjumpa jiwa saya*


Thursday, May 19, 2011 | By: Theye

resepi: sup shitake + kentang

ehem3..
assalamualaikum...

pada pagi2 yang penuh dengan kecerian dan menahan mengantuk ini..terasa nak berkongsi dan menyimpan satu resepi..

sup shitake + kentang 

bahan-bahan

  1. 1btn kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang bunga cengkih, 3 biji buah pegaga
  2. lada hitam 10 bji (ditumbuk)
  3. air 2 mug
  4. 2biji kentang (dipotong dadu)
  5. cendawan shitake (cendawan tiram tu....) dihiris dan direbus dan ditoskan
  6. 3ulas bawang merah dan 1 ulas baawang putih(ditumbuk)
  7. garam secukup rasa

bahan-bahan tambahan
(yang saya xletak)

fucuk, suhun, serbuk perasa

cara-cara

  1. tumis rempah beratus2, dan bawang
  2. masukan air,
  3. masuk kentang smpi empuk
  4. masuk shitake
  5. masuk lada hitam dan garam...
  6. rasa...
  7. dan makan..

nota tangan..

ni resepi kalau agak dah boring dengan cendawan goreng o goreng tiram.. agak2 ank berkuah sikit..silalah mencuba!

*eh?ada kentang lagi resepi kali nih?




Tuesday, May 17, 2011 | By: Theye

tak guna belajar kalau untuk LUPA

tau? dulu sewaktu kecil, saya selalalu pandang tinggi pada mahasiswa
pada saya, pelajar u itu pandai, banyak ilmu
namun, saya hairan, bagaimana ya, segala yang dipelajari itu tidak dilupakan?
pada saya, pelajar u itu, tidak pernah lupa segala apa yang dipelajari..

waktu berlalu, tahun berganti, mentari terbenam terbit,
oh! sudah hampir saya pada zaman itu,
saya tiba disekolah menengah

perasaan pelik itu xpernah hilang
bagaimana ya pelajar u bila graduate akan terus pandai..
di alam persekolahan itu sendiri,
saya belajar, saya exam dan saya lupa

saya pejam dan saya celik
akhirnya, saya berada di alam ITU
semester satu dh berakhir
semester dua, baru je berlalu
mesti rasa lega, sebabnnya...
"ah! no more physics in my life"
"no more akaun and economi"

prof cakap, kami, belajar akaun, bukan untuk jadi akauntan, tapi untuk jadi manager, nak semak segala urusan,

namun terdetik di hati
"saya belajar dan saya lupa, mcm mana nak aplikasikan ke alam pekerjaan?"

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)

saya mula merenung lembaran semalam,

"owh! subjek sekolah menengah itu, walau dapat a pada SPM, bukan saya ingat pon!"
"adik tanya subjek kimia yang dari dulu hingga kini belajar, kena juga si pelupa nih membuka buku rujukan"

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)


usah pandang duniawi ya? baik! meh kita tgk ilmu fardhu ain yang memang wajib dipelajari
yaaa dah dapat A pon pada kertas jawapan
namun, boleh nak sebutkan dan tentukan hukum pembahagian zakat, harta ikut fara'id??

dah2!!!xpayah nak selak2 buku or pergi buat muker seposen tanya mr google..
tanya hati sendiri..
berguna ker A sekarang nih??

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)


selalukan dengar orang kata macam ni, 
"belajar bukan untuk exam!"

jesteru, sila aplikasikan sekarang ini yer!jangan pandai meluncur rata dibibir, hati dan fikiran sendiri memandang sepi! ahhh!! hipokrit itu!

tau kenapa belajar bukan untuk exam? sebab..belajar itu untuk ILMU, dan ILMU itulah yang nak digunakan, bukannya CGPA!
*sengih*

patutnya kan, kalau malam2 exam, rasanya xperlu nak pulun nak study, nak ingatkan segala nota..sebabkan..
belajar kan bukan kerana exam, ilmu kan dah penuh kat otak tuh..
cikgu add-math saya cakap..

"malam tu nak main snooker pon boleh"

so..cool jelah kan2...esok bgn tido, terus jer amik pen dan kuar kan balik segala ilmu yang dah dipelajari..
belajar kan bukan untuk exam..
tapi..kalau xboleh jawab, atau lepas jawab boleh lupa tu..tu bukan ker belajar kerana exam?

as conclusion..kala belajar untuk dilupakan..tok sah lah membazir masa, tenaga, duit nak bayar yuran
KALAU UNTUK DILUPAKAN, sebab... MEMANG TAK BERGUNA!



~sekian terima kasih!~

*akhir sekali, saya tersedar,'mahasiswa' yang saya pandang tinggi itu, mereka yang belajar bukan kerana exam
Sunday, May 15, 2011 | By: Theye

resepi : ubi kentang kiub dan sos

assalamualaikum..
setelah sekian lama membonded blog nih..akhirnyer kembali juga..




RESEPI UBI KENTANG KIUB DAN SOS

bahan a

3biji ubi kentang
(dipotong dadu dan direbus)
1 labu bawang besar 
(dikisar)
sedikit rempah kari
gram secukup rasa
(hingga rasa cukup masinnyer)

bahan b

2 biji tomato
(dipotong kecik2)
3sudu besar mayonis
1sudu besar sos cili
bawang putih (ditumbuk @ dikisar)
stok ayam
(jika suka)

ramuan a

  1. tumiskan bawang besar, rempah kari dan garam
  2. bila dah garing, masukkan kentang! gaul rata2 sampi kering2 sikit
  3. angkat dan masuk kan dalam mangkuk
ramuan B

  1. tumis bawang putih, tomato kiub  hingga agak garing
  2. masukkan sos cili dan mayonis, boleh tmbah air sikit
  3. kacau2 sampai mendidih
  4. dan akhirnya angkat dan letakkan di atas kentang tadi..
haa bolehlah rasa...agak2 kalau dah jemu dengan kentang masak air jer kan2..

selamat mencuba!!

*memulakan tugar sebagai houselady dengan membeli buku resepi kentang..hehehe
Wednesday, April 27, 2011 | By: Theye

headache



assalamualaikum..
mood: berusaha nak tido, preparation for final hubungan etnik, huh!

soalan pertama..pernah x rasa sakit kepala? so..apa perasan?xtergamabr??eemmm saya pon xtau nak menerangkan macam berkaitan dengan sakit2 nih, xkan rasa dia sm macam kena gigit semut api kot!

ehem3...
okay saya dari kecik selalu sakit kepala..kalau kecik2 dulu, mestilah sampai menangiskan..dan xtau kenapa dalam sebulan tu at least mesti ada sekali yang sakit teramat2 teruk! kenapa xpg jumpa doktor? hhmm..i wonder why? pernah jugak pg jumpa doktor..waktu malam abah bawa pg hospital, tpai akhirnya dapat ubat jer..okay! perlu diketahui, saya xsuka makan ubat..bukan sebab takut..tapi anggaplah saya tidak mempercayai ubat tuh!

tapi..bila dah besar2 nih..sakit kepala tu dh berkurang, bukan dh berkurang rasa sakit, tapi berkurang dr segi kuantiti..mungkin faktor hormon o apa2 jelah..saya bukan doktor o neurologist..so saya xtau yer..

cuma, bila HEADACHE ni menyerang, dah besar, so dah makin pandai mengawal..kalau rasa2 boleh tahan lagi and rasa nak study, juz letak jer tiger balm, boleh kot tahan dalam 2-3 jam untuk menyiapkan assigment atau menyediakan diri untuk test (ni kes esok nak test mlm tu baru pulun lah tuh)
*tiger balm! mesti mau!*

and jangan katalah saya xpernah jumpa doktor (lagi), pernah jer..tapi akhirnya doktor bagi ubat posten (rasanyalah ejaan dia cenggini)..ada jugaklah doktor mempersoalkan apa dan apa puncanya sakit kepala? okay..saya nak jawab..

*maaf doktor, saya bukan doktor so saya memang xtau pon kenapa boleh sakit kepala. dalam kuliah saya xbgtau pon sebab apa*(tapi saya xcakaplah macam ni)

akhirnya, saya tetap xmakan ubat yang doktor bagi..(maafkan saya doktor!)

tapi, bila balik pg buat kajian terhadap diri sendiri, saya dapati sakit kepala disebabkan tidur yang xbetul!terpulanglah terlebih @ terkurang tido..yang penting tido kot!(rasanyalah)

namun, untuk sakit kepala yang saya rasa sgt2 teruk sampai dah xtau nak buat apa tuh, saya maksudkan kalau dah baring, duduk, berdiri, berjalan, semua dah xberkesan..tetaplah kepala berdenyut2, itu tanpa sebab! dia datang tiba2..tapi waktu itu, saya dah xmampu nak menangislah seperti di awal kanak2 rebana (ribina sebernarnya)..

dalam situasi yang dalam skala 0 hingga 10, kesakitan yang saya rasa adalah 11, memanglah tiger balm o any painkiller saya xpandang! sebab memang dah tau xkan berkesan..dan biasanya klu begini, memang akan disusuli dengan muntah..dan masih lagi mencari2 jawapan kenapa..

*saat begini menarik sambut sgt2lah melegakan, doktor, ada paper effect x nanti?*

so..apa yer yang saya buat? daripada merungut tu, baiklah saya selawat syifa' at least itu je yang saya mampu lakukan ketika itu..sehinggalah saya tertidur dengan sendirinya..kelaka kan..

mungkin ada yang berfikir, *migrain ker* okay saya dah tanya kat doktor tuh (saya memang suka berborak2 dengan doktor) dia cakap *migrain ni sebab salur darah dalam kepala mengecut, sepatutnya tidak begitu* (ooo ye ker..), dan orang biasa cakap yang kalau migrain tu sakit sebelah kepala jer? doktor saya cakap..*xsemestinya, kita katakan sebagai migrain sebab xjumpa punca sakit kepala (erk?)*

apa2 jelah doktor..saya pon dah makin pening nih..

tiba2 saya terfikir, kalau sakit kepala pon saya dah memang xtertahan rasanya, bagaimana ya menghadapai sakaratul maut nanti? belum difikir lagi sakit hadapi siksaan akibat pembalasan perbuatan2 sendiri..hhmm insaf2..

okay! masa untuk cuba tidur..sebelum datang my chilhood fren (HEADACHE)

hati dan diri

HATI: assalamualaikum DIRI, DIRI bz ker?

DIRI: eh HATI, xderlah bz..esok test hubungan etnik jer. mehlah duduk dekat DIRI

HATI: eh taper2, duk dekat dgn jantung ni pon dah okay. DIRI, HATI nak tanya sikit boleh?

DIRI: eh tanyalah..

HATI: DIRI sayang HATI x?
(mata HATI memandang ke bawah. kosong!)

DIRI: mestilah sayang...HATI tu sebahagian dari DIRI..DIRI xtau mcm mn hidup DIRI tanpa HATI

HATI: eemm HATI xtau nak cakap macam mana. tapi kan..HATI nak mintak tolong DIRI menjaga diri.

DIRI: kenapa ni sayang?
(kalau boleh dipeluk memang dah kena peluk HATI ni)

HATI: HATI eemm I dont know any word can describe my feeling right now. im juz sure that deep down inside, I feel im not protected!
(amik kau kan dah speaking)

(DIRI masih terpana sehingga sepatah perkataan pun tidak mampu dituturkan :first tyme dgr HATI skipping)

HATI: taderlah, mata DIRI meliar sana sini. kadang2 lidah tu menutur tanpa disusun. kadang2 HATI rasa makin jauh dgn DIRI, jauh dengan pencipta. hmph...mcm mn yer? HATI sedey jadi begini..

DIRI: eemm DIRI faham..maafkan diri yer.. HATI, DIRI minta HATI jaga cinta kita baik2 yer..

HATI: insyaALLAH klu kita sama2 pelihara, DIA turut menjaga kita. DIRI xmarah dekat hATI?

DIRI: tak sayang, kenapa mesti nak marah?

HATI: terima kasih DIRI...

*xder motif betul si penulis nih!aiyo!
Tuesday, April 26, 2011 | By: Theye

zaman matrikulasi




tau x? saya rindu zaman matrik saya.. pelbagai cerita dan karekter yang wujud saat zaman matrik dulu...
owh..saya bekas pelajar matrik
ulasi ked
ah changlun.. tau ker??
kalau xtau taper..saya tau..

berbagai cerita tercipta, bermacam duka dan suka dikongsi..
tulah kenangan..

kat matrix dulu, alhamdulillah saya dipertemukan pelbagai ragam dan reaksi sahabat yang tidak terkira dan terbilang dek jari dan xterjangkau dek akal sekarang..
saya punya tempat berkongsi ceritera bersama rumate saya (syaiza,munirah,shikin), kawan untuk sama2 gila2 dan melakarkan sejarah2 nakal (aufa, syakila) sahabat bergaduh pon wujud(a***r dan I***), tempat untuk menumpang kasih(ka
k umi),lecturer2 yang sedia melayan kedegilan dan pertanyaan (miss lim-math, miss nani,puan hajar), (puan hana, puan huda,encik izwan- bio),(kimia-eeemmmm terlalu ramai), kawan2 sama2 blutooth mengantuk (kak sue dan aufa!)

diantara kenanagn yang berjaya muncul dalam kota
k inggatan

1. semester 1

-sama2 blutooth mengantuk bersama kak sue dan aufa! yang akhirnya masing2 membuat konklusi, mengantuk itu berjangkit (kenapa?xpercaya) dan masing2 takut untuk mengejutkan sesama snediri (kejamkan!)..jesteru masing2 tersengguk2 di dalam kuliah..owh..kami berada di barisan yang ke3..(ni sebab kak sue yg selalu ajak duk dpn)..dan juara ketika itu adalah...(*******)maaf terlalu privasi untuk disebutkan..
*owh..kami tidak tido, hanya tersengguk*

- next story is...pengalaman memonteng kelas!!hahah ooppss
..bukan sengaja okay!
(aufa ingat lagi x?)
kisah dia begini, lepas habis jer kuliah bio, puan hana panggil sebab nak arrange kan balik jadual appoiment..kemudian, dengan begitu ringan tangannya aufa terus menarik tangan dan berjalan dengan tidak melebihi kelajuan cahaya ke mini-pos..owh kami memang rajin membeli nota2 lecturer kat situ, lepas tu, kami sempat lepak2 kat kafe sebelum naik bilik..
masuk2 bilik tgk jam baru pukul 12 lebih..huh jam ni dah habis baterilah (hati kecil berkata)
dalam pukul 12.30 baru aufa bgtau yang kita terlupa kuliah kimia lepas kuliah bio! owh..no wonder lah jam belum pukul 1 pon lagi..okay2..jujurnya kami memang gelabah..maklumlah kami budak baik yang xpernah ponteng kelas(kononlah kan), then kami pegilah dengan penuh debaran, pg mengayat lecturer kimia kami, mintak izin nak join kelas pelajar fizik pd malamnya..semata2 nak penuhkan attendance list..hahah klaka kan2..ada jugak manusia mcm kami ni?


rakan gaduh saya..owh pelru diberitahu, saya bukan kaki gaduh ye...tapi selallu berselisih pendapat dengan certaib org jer..sem 1 dgn dia..dan sem 2 dgn dia yang lain pula..pelik! bagai sengaja diwujudkan mereka utk saya mewarnai dunia saya..

-owh kwn saya yang bernama aufa itu, sgt merunsingkan pabila ia merajuk! dan puaslah nak fikirkan cara untuk memujuk! tapi dgn drastik boleh menjadi seperti biasa.dan kawan pertama yang saya berhempas pulas memahami kerenah nya..namun! saya seronok!

-kwn saya si syakila tu pula..selalu kena tggl kat belakang apabila berjalan saing..smpilah kena pegang tangan takut ketinggalan dan saya nanti yang bercakap sorang2..

-owh dalam kelajuan silibus matrix tuh..smpat jugaklah saya membina keluarga di sana..baiklah..xlengkap mana pon keluarga nih, saya ade adik beradik2 jer..adik-beradik ultraman..lah..terkejut ker??
*cukup2 je 5 kan*

saya jadi ultraman 1, ultraman 2 (aufa), ultraman 3 (hanif),ultraman 4 (ain),ultraman 5 (kak umi) dan yang lebih membingitkan bila ada pulak insan2 yang menggelarkan diri mereka raksasa..(ucop and acap) memandangkan kami ni macam adik-beradik piatu..kami pon mencarilah mak ultraman iaitu..(puan shamsul) kaunselor yang setia betul melayan kerenah2 kami..



-sem 2 pulak, wujud lagi keluarga lain...bolehlak saya dilantik menjadi nenek kepada zygote(syakila) iaitu beras(baca:biras) kepada aufa..dan mama kepada zygote adalah kak umi.. complecated kan hidup!

- ntah macam mana secara tak langsung, saya boleh terlibat dalam persatuan PTTS, dengan kak sue dan kawan2nya..owh!semestinya bukan saya yang termasuk..tapi terlibat..opss..ayat dah macam xbetul.. haa nak tau ker persatuan apa tuh..eemmm segan nak bgtau..agak sensitip..persatuan T*MB*-T*MB* sedunia) haa dpt agak x?

-skrg teringat pulak pada kawan yang sm2 buat perangai datang kuliah lewat..mentang2lah lecture hall..so muker pintu belakang tu mmglah kami..tapi..kejadian yang kelas pukul 8, pukul 8 baru nak keluar bilik tu waktu sem 2, dengan syakila..lepas tuh..memang berlarilah pegi kelas!
owh ya kila..faz ingt tau peristiwa kaki xsampai dan berebut tempat nak duduk kat belakang dewan..amboi!nakalnyer kita...

-dulu waktu kuliah..xtaulah kenapa..asyiklah nak lapar..dan pantang ada rehat sikit, mesti dan berlari pg bbc beli bulat2 dengan aufa..bgs betul aufa..kami berkongsi citarasa yang sama.. dan aufa..xsanggup yer duduk sebelah faz klu faz xlunch..

-pengalaman yang saya dapat di matrix yang belum pernah lagi saya buat di tempat lain ialah main squash dan tennis..tapi saya lebih suka main squash berbanding tennis..sebabnya? saya xterrerlah main tennis..bolah asyiklah melayang pg tempat yang tidak sepatutnya,..kesian lawan saya yang kerja asyik kena kutip bola jer..

-dapat pg langkawi dgn kawan2, jejak KMPK yang sgt2 memenatkan kaki untuk memanjat bukit2 dan tangga2, dan bnyk sgt lagi! terasa dh terlalu panjang tapi biarlah..saya punya coretan yang sy sendiri baca..

-xterniat pon nak comparekan matrix dan zmn u (u belajar kt kelas, matrik belajar kat lecture hall), life must move on kan..tapi xsalah kalau nak ingatkan..
dan semamngnya kenangan itu lebih manis dalam ingatan berbanding di coretan..( i wonder why?)

dan akhir sekali saya bersyukur dan bertuah sangat dan mengenali2 karekter2 memori saya..
terima kasih semua

~Thend~
Monday, April 25, 2011 | By: Theye

DIA ada satu jer..


mood: membuang kesakitan..

tipulah kalau aku cakap aku sedikit pon tidak terasa. jujurnya walau kau bukan sesiapa, tetapi kau pernah menjadi kawan aku... sekurang-kurangnya..kita pernah berkongsi dan bertukar pendapat..

namun kau yang memilih jalan itu.. maaf aku agak terluka..


*manis rupanya punyai hati ini. ibarat memegang bunga yang layu*

tiba-tiba aku terfikir..
kawan jika kita dibuang, kita masih punyai lagi kawan-kawan yang lain. dan untuk itu aku berterima kasih pada sahabat2 aku..

namun.. TUHAN, Yang MAHA ESA..
satu-satunya dalam hidup dan matiku..
andai aku hamba yang hina dina ini dibuang..
aku tidak tahu bagaimanakah kehidupanku sebelum dan sesudah mati..

dan untuk itu..
aku berterima kasih buat kau yang menyedarkan aku pada hakikat kebenaran ini..
terima kasih..

*pernah sekali kisah remove fren dari list dan ianya tidak disengajakan..dan untuk itu maaf, aku sedar bagaimana rasanya perasaan itu*
Sunday, April 24, 2011 | By: Theye

ITU

*pendeknye tajuk..bnyk boleh capslock nih..hahhaaaa*

dia pandang, kau pandang, dia benci kau mencari suka
ITU bukan suka, tapi perasan

dia gaduh, kau gaduh, dia diam, kau mencari gaduh
ITU bukan rindu, tapi boring

ditikam dan terus ditikam, ditolak dan diperkotak-katikkan
bibir tetap dikunci
ITU bukan sabar, tapi terlalu baik

meminta, meminta dan terus meminta, hati yang asalnya beku, menjadi cair
ITU bukan cinta, tetapi kasihan
(amboi!layaknya diri mempersoalkan)

alarm clock bingit kat telinga, ditutup. tanak jugak bangun, even matahari dah mula nak naik kepala, nak jugak tunggu morning call dari si dia-yang-tidak-boleh-disebut-nama,
ITU bukan rindu, tapi tabiat

dalam kepala kosong, namun masih mampu untuk melayan movie dan anime,
tahu petang ada killer paper, ditanya dan jawapannya
"kita belajar ni bukan untuk exam"
okay ITU bukan berani, tapi gila!

orang sibuk merehatkan otak,bertungkus lumus membuka kamus, menghafal format, mencari vocab baru, kau sibuk main taip2 coretan yang tak memberi manfaat
ITU bukan tenang, tapi xsedar diri
(goes to me)

ketika susah mencari, ketika senang dilupai
ITU bukan pentingkan diri tapi lupa diri

ketika diri dilimpah dengan pelrbagai cubaan yang memberat
ITU bukan kerana DIA melupakan kita, tapi DIA ingin menunjukkan betapa kita tidak boleh hidup tanpa DIA

~end~

Teka-Teki..

A:oit!
konsentrasi terhadap microb yang selama ini menjadi 'bedtime story' terjejas...
bahunya ditepuk lembut..
B: ohhh!!diriku memang DICIPTAKAN untuk menerima kejutan dari kau!!
A: okayy....hotnyer...aku gurau jer..dah meh aku nak tolong kau tenang2 sikit..kita main TEKA-TEKI nak??
B: disebabkan kaulah kawan dunia aku nih.. okay aku spendlah sikit masa KHAS untuk kau!!

A: bila waktu hibernate student bermula?
B: owh manusia pon ada ek waktu hibernate? bila musim hujan?
jawapan: study week..kalau boleh 24 jam nak tido..nak qada' balik tiap2 pagi yang kena bangun awal pegi kelas

A: bila masa yer saat pensyarah paling diingati?
B: bila...eemmm bila saat result keluar?
jawapan: saat study week..pelajar2 berpusu nak pau soalan exam

A:bila saat hidup jadi xtentu arah, makan xbetul, jadual tido berantakan?
B: saat putus cinta???
jawapan: saat study week yang time tu baru nak cover semua subjek 1thn

A: bila saat kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan?
B: saat berebut girlfriend or boyfreind?
jawapan: saat study week. masing2 mencari jalan untuk dapatkan jawapan bagi assigment dan report yang perlu disiapkan sebelum exam

A: bila waktu TUHAN ditinggalkan dan dicari???
B: eemmm asal killer soalan kau nih??? eemm jawapan kau bagi semua study week..so..kali ni mesti study week gak kan jawapannya
jawapan: saat exam! waktu itu jer jalan terakhir yang tinggal. moga2 Allah membantu dalam exam dan segala ingatan tidak ditarik oleh TUHAN....

A: haa aku tgk kau pon dah xtension tuh..so..boleh rasanya aku angkat kaki nih..
(mission accomplished)
B: erk????


Saturday, April 23, 2011 | By: Theye

monolog diri 7

kau tahu?
aku terfikir
mengapa aku terus terjun dan terjun, berenang ketengah umpama tiada tepian di sisi?

kau bertanya
mana mereka yang melarang tindakan aku? ahh!!! mereka tidak mengetahui
bahawa aku sudah semakin lemas dalam lautan lumpur itu..hati kata berhenti
tingkahlaku ucap berenang lah lagi.. akhinya..semakin tenggelam dan tenggelam..

kau bertanya lagi..
apa tiada lagikah kerja dan tanggungjawab aku..
buat kau yang bertanya..
ya..aku hidup penuh dengan tanggungjawab.. itu tujuan aku dihidupkan..
istana pasir yang harus kubina mahligai yang harus ku ukir.. aku biarkan terbengkalai
ahh!!kemana perginya mentari yang selalu aku tatang?
dia yang tempat kumeluah rasa.. mengapa harus ku sembunyi?
takut barang kali..

ya!!aku takut dengan diriku yang hampir sampai ke dasar..
jauh di sudut hati
aku ingin bebas dr lautan lumpur ini..
aku ingin kembali bermandi air bersih...
mahu kah kau menolong aku??

kauu bilang..
usah berperangai seperti kacang lupakan kulitnya, pungguk lupakan bulannya, dan aku..umpama manusia yang lupakan TUHANnya..

aku ditampar..
yang benar..memang patut aku ditampar..
aku dilahirkan di dunia....
dengan jerih sendiri belajar berdiri berlari
mereka mungkinn bisa membantu
tetapi aku yang harus lalui..
andai aku ingin bebas, aku sendiri yang harus mencari tepian..
saat ini..terlihat mereka yang tersayang di tepian... tidak pernah memaksa..namun berharap aku kembali..

aku ingin kembali menyiapkan mahligai pasir itu..
aku lihat mereka dan kau tersenyum..
aku bahagia...

perlahan-lahan aku berenang mencapai tepian..
saat ini aku terasa jauh.. dan aku mulai putus semangat???
tidak diriku.... jangan sesekali putus mengharap..
bagaimanakah keadaan mereka yang menanti dan berharap..
dan bagaimana pula aku yang ahrus menjawab di akhirat kelak???
yaa.. saat itu aku keseorangan..
tiada kau yang sudi menampar
dan tiada mahligai pasir yang harus ku siapkan..

aku bertekad..
aku ingin siapkan mahligai itu..
puncak impian itu yang ingin ku gapai...

aku harus bangun...
aku tidak perlukan tamparan kedua untuk memaksa ku berenang..
aku hanya perlukan kekuatan dariMU ya RABBi..
ampunilah aku....

Friday, April 22, 2011 | By: Theye

~Indah~

assalamualaikum....

firstly.. pleazz take ur time..
pandang kanan, pandang kiri...
INDAH x suasana keadaan tempat kita sedang duduk sekarang???
what? duk dalam bilik? so xder keindahan???
huhuh... INDAH lah duk dalam bilik dari mereka mereka yang tidak mampu berada di dalam bilik macam kita kita nih..jangan tanya saya siapa..
tapi..kalau bilik macam tongkang pecah tuh.. erm.. =) (smile) kena berusahalah menjadikan bilik itu INDAH..supaya selesa nak bergerak....

ehem3 (clearing throat)
apa pandangan kita tentang dunia??
INDAH x????

kalau x INDAH..kenapa ada yang mendedikasikan INDAH di dalam lagu2??
xpercaya??

"alangkah INDAHnya hari berlalu..
mendamba kasih tambatan hati.."
(kalau tersalah lirik maaf yer)

macam mana dengan ini...

"INDAH sekolah kita..
sekolah kebangsaan kampong rinching"
(sekali keluar lagu sekolah daaa)
bagaimana pula dengan ini....
responnya angkat bahu..
taper..
mari kita singkap, mari kita ungkap satu persatu keINDAHan dunia ni..

langit.... INDAH kan, sering bertukar warna..
membuatkan mata tidak jemu memandang..

macam mana dengan ni'mat dunia??
ni'mat dunia sering ditafsirkan kalau kita dapat..
mereka-mereka yang cantik2 lagi hensem2...
atau duit yang berlambak-lambak sampai boleh
tido, makan, berhadas dengan duit...
makanan yang sedap2..
yang akhirnya akan dikeluarkan menjadi feces
dapat menjadi terbaik setiap acara atau anugerah...


as conclusion.. we have everything in the world..
tyme tulah nak cakap..
"HEAVEN"

ehem3...(clearing throat)

baiklah.. kalau kita bercerita dengan penuh semangat dan harapan mengenai keINDAHan dunia yang sementara dan pinjaman ini
dengan mata ynag bercahaya dan senyuman yang yang boleh ditarik ke telinga???

macam mana yer keadaan di sana yang kekal abadi..
bagaimana ya keINDAHan nya???

kalau kita lihat
fasha sandha, maya karin, anne hathway, and wanita-wanita cantik di sini atau diluar sana..
kita berfikir
"INDAHnya dunia"

bagaimana yer rupa bidadari di sana yang memang telah dijanjikan dan diceritakan mengenai kecantikan dia yang tiada tandingan??? nak bayangkan pon..xtersanggup

kalau kita lihat..
duit yang berlambak-lambak..
yang takat ferrari tu suku mata pon xpandang,
boleh beli baju2 yang sinarnya menyilau mata..
kita akan berfikir

"INDAHnya dunia"

bagaimana pula yer keadaan di sana
yang tidak perlukan duit..
hanya sekadar lintasan difikiran..
*VoooSShhhhh...* terang tang tang dah muncul depan mata...

kalau kita lihat..
dapat makan makanan yang penuh satu meja
yang lidah snediri tak mampu nak menyebutnya...
kita akan berfikir..

"INDAHnya dunia"

bagaimana pula dengan keadaan di sana..
yang dijanjikan segala kelazatan yang tidak dapat digambarkan..
jangan tanya saya mcm mn tuh..sebab saya pon x rasa lagi..

what?????
pikiran kita..
ingat senang ke nak masuk syurga tuh???
memanglah INDAH..tapi nak dapatkanna tuh..


okay fine!!!!!
kalau kita dh bekerja keras, then kita dapat syurga dunia tuh..
apa perasaan kita???

'INDAHnya kalau dapat macam ni hari2'

see..kita rasa indah sebab kita dah berusaha mendapatkannya..

macam tu lah jugak di sana..
kalau kita nak keINDAHan di sana..
kita kena berusaha lah kan2..
tiada siapa yang menghalang..
lagilah penghakim yang menentukan kedudukan di sana..
adalah DIA yang maha adil..

jesteru..ada alasan lagi???

as conclusion...
kita berfikir dunia tu INDAH..
kita melihat kekayaan mereka itu INDAH..
kita berharap punyai keINDAHan seperti mereka..

namun..
mengapa kit tidak berfikir
mengenai keINDAHan akhirat?
kekayaan DIA yang tidak mampu ditandingi oleh mereka mereka di bumi ini..
mengapa kita tidak berharap pada keINDAHan yang lebih abadi??

yaaa.. untuk mendapatkan yang terbaik..
kita perlu berikan yang terbaik..
untuk mendapatkan yang terINDAH..
kita perlu berikan yang terINDAH di 'mata' DIA yang menilai..


*maaf: terasa kekeringan ayat dan ilham...makin mengarut..*