Thursday, May 14, 2015 | By: Theye

Salad + Kentang Bakar

15 May 2015
10.52


Ada satu hari tu, Abah tak der selera nak makan nasi. So, Abah nak ala-ala wester pulak kan... 
So beli daging burger lembu Ramly, panggang jer, dan bancuh Salad dan buat kentang bakar. Simple kan..Tapi kenyang!

Owh resepi-resepi yangni xdapat nak bagitau blog asal, sebab dah campur-campur tengok kat banyak tempat, termasuk laa pininterest, so macam create jer apa yang terfikir dalam otak..

okay jom tengok

Salad

Ramuan

Mix Salad + Baby Tomato
(Saya beli terus dah siap camput kat tesco, sebab waktu tu tengah murah)
Olive oil
Jus Lemon
Lada Hitam
Garam
1-2 SB Mayoneise

Cara-cara

-Basuh dan tos kan salad. Ni penting, sebab kalau salad ada air, sangat xkena dengan dressing dia nanti.( Sebab kat rumah xder alat salad tu, saya guna cari tradisional jer...  Letak Salad dalam skala kecil dalam tapis yang besar, tutup dengan pinggan dan goncang sekuat hati, sampai rasa-rasa salad dah kering.)
- Tomato boleh potong 2, xyah potong pon taper.
- Letak dalam bekas yang besar untuk gaul salad nanti.

Dressing
-Cari bekas kecil yang boleh digoncang.
-Letak olive oil, dan perah lemon separuh dari kuantiti olive oil. (Tengok gambar)
*Nampak x lemon akan berkumpul kat bawah*

- Letak black pepper, garam dan campur mayoneise.
-Goncang sekuat hati!
-Sila rasa dulu, kemudian campur dalam salad.

Nota kaki: itu je yang mampu, Tapi ibu dan abah cakap 'Okaylah ni'. kalau sesiapa ada resepi dressing yang mudah dan tercapai dek akal, please please..let me know kay, jangan kedekut!


Kentang Bakar

Bahan-bahan

Kentang
Olive oil
Bawang Putih -ditumbuk
Garam
LAda Hitam
Cheese *Kalau suka*

Cara-cara

-Basuh kentang tanpa buang kulit.
-Belah 2, dan kelar dadu pada permukaan yang terbelah tu, kalau boleh jangan sampai putus
-Campurkan bawang putih ke dalam olive oil, dan kacau-kacau
-Siram olive oil beserta bawang ke permukaan kentang
-Lumur garam dan pepper. Boleh letak cheese antara belahan kentang tu
-Masuk dalam oven. Bakar dalam suhu 150C, selama 20 minit-40 minit.

nilah rupenyer...

Selamat mencuba semua. Kalau ada yang tambah-tambah atau tau resepi yang lagi sedap, pon jangan kedekut share ok.

0 orang yang turut berfikir: