Thursday, May 14, 2015 | By: Theye

Triffle Chocolate

15 May 2015
11.34

Sapa pernah makan triffle? yang ada 3 layer tu...yang ada jelly kat atas dia tu... sedap kan...
Saya ada sejarah hitam dengan tiffle yang tu. iaitu...waktu family bakal mertua datang, puding tu xjadi! xcantik!... xtau kenapa..sebelum2 ni buat xder masalah..waktu tu pulak dia xjadi kan..

eh..eh..jangan cakap saya nervous..nope xnervous pon...
so as result, saya dah fobia dengan puding triffle tu..
So sekarang, teringin nak makan versi coklat pulak, sebab...sebab..coklat mesti lagi sedap..

Dan resepi yang ni pon, campuran dari macam-macam sumber rujukan. dan first trial, memang rasa boleh improve lagi..

dan pulak, ni first time buat perangai beli barang yang main beli jer, xtau nak guna atau tidak..ish2...


Triffle Chocolate

Bahan-bahan

- Cake chocolate (Boleh buat sendiri atau beli je dah siap)
*farzana beli yang dah siap sebab kurang rajin*
-Chocolate pudding custard
-White mousse

Chocolate puding custard
-1/2 cawan cocoa serbuk
-3sudu tepung jagung
-2cawan susu
-1/2 gula

* Tapis semua yang serbuk. Masuk dalam bekas yang boleh masuk microwave
*gaul dengan gula,
*Masuk susu sedikit sedikit, kemudian wisk semua bahan sehingga sebati
*Masuk dalam microwave 3 minit, suhu 600
*Keluarkan, dan whisk lagi,
*Masuk balik dalam microwave 1 minit.
*Ulang step sampai pudding dah berkilat.

White Mousse

- 1 Kotak whipped cream
-Yogurt perisa buah
-1/3 cawan gula

*Pukul whipper cream sampai kembang, masukkan yogurt, pukul lagi, masukkan gula


1. Susun kek dalam bekas, tuangkan chocolate pudding.
2. Saya taburkan cashew nut atas pudding
3. letak white mousse.
4. Keras kan..

Hasilnya
- Xnampak sangat lapisan dia. Mungkin sebab saya guna bekas besar, so lapisan nipi.
-MUngkin juga sebab antara kek coklat dan pudding coklat xnampak beza warna kan..
- Whipped cream saya xkeras!
-Rasa dia, ada manis dan masam...saya suka! sedap!
- MUngkin lepas ni, boleh try guna cream chesse, so boleh letak atas kek kan. kemudian baru pudding chocolate

Selamat mencuba!kalau  ada resepi yang lagi best, jangan luper kongsi yeee....

0 orang yang turut berfikir: