Showing posts with label i am thinking. Show all posts
Showing posts with label i am thinking. Show all posts
Monday, May 23, 2011 | By: Theye

~senyum~

bandung dulu
baru jakarta
senyum dulu
baru baca

assalamualaikum...

~senyum..
seindah suria
yang membawa cahaya~

agak2..pernah x dengar lagu di atas??mm sangat sedap hingga menjilat lolipop coklat kan2.. tertarik nak tulis pasal senyum nih..sejak tgk citer mr brain episode 9..dia boleh cerita pasal sejarah senyum..aiyo!! 

ehem3..meh nak bukak cerita sikit, mr brain ni percaya teory darwin, nenek moyang kt dulu berasal pada monyet! (sangat xbez pemikiran dia ni).. 

dulu monyet ni kalau dia rs ada musuh yang hampir yang sedang menyorok disebalik semak samun, monyet pon sedia keluarkan gigi taringnyer..namun, apabila terlihat wajah sebenar 'musuh' yang difikirkan itu bukannya musuh, untuk mengcover taringnyer..dia pon senyum..haa percaya x??klu ada soalan..sila tanya mr brain..dan org itu bukan saya..

ehem3 *clearing throat*
tujuan utama post nih, bukannya nak bukak kelas senyuman ala2 model catwalk tuh..tapi nak bgtau kelebihan2 sneyum yang timbul dlm kepala saya nih...hik3..

gorilla pon nampak comel kalau senyum!
1. nmpak cute


even ada yang cakap, muker ketat tu lagi cute??tapi kan2..bg saya..org yang senyum itu lagi berseri. meh cuba pikir kenapa setiap kali bergambar, mesti automatik nak senyum??kenapa2?? ni mesti kes nak nmpk indah je kan2, eventhough dlm hati and suasana yang sangat2 memeritkan. maklumlah, gambar..boleh menipu..jesteru..stay cute!

tak tergoda kah untuk membeli jika mereka tersenyum?
2. nak mintak sesuatu


kalau nak mintak gula2 sebiji kat mak sebelum buat muker kesian kat kedai serbaneka?? mesti senyum dulu kan2..x pon dalam situasi, parent or mereka2 yang berkenaan sedang berehat2, kita datang, senyum jer..mesti akan terkeluar dialog ni

'senyum2, ni mesti ada paper ni'

betul x??so..agak2 kalau ada firasat hati yang xterluah tuh..silerlah senyum..lets the smile do the talking!!hahah

3. nak lariskan produk

part ni sangat2lah berguna untuk mereka2 yang mennjadi peniaga.. tindakan pertama untuk menarik pelanggan, mestilah senyum kan2!!! come-onlah.. ah-long pon kalau nak jumpa dengan  si-dia-yang-tidak-mampu-disebutkan-namanya, mestilah dia senyum sebelum menagih hutang kan2..(sila angguk sekarang)
menerusi pengalaman, kalau nak buat direct selling tuh, even dah penat sambil mengangkat barang2 yang berat waktu program KAKS IV, tetap juga (mampu) tersenyum..alasanya? nak habiskan produklah..

4. senjata untuk musuh

okay, part ni mungkin agak kejam..tapi sangat2lah effective (buat diri saya sekurang2nya)
dalam situasi mereka doklah mengata sakan dan curse yang bukan2 di-batang-hidung-sendiri, dun worry, janganlah nak pg curse2 balik, sebabnya.. kita pon turut panas, dia at least gembira lak sebabnya ada yang melayan, tetapi, tarik nafas, dan senyumlah! meh teka apa perasaannyer?? mestilah dia lagi berhangin2 kan2..wah! hebat kuasa senyum ni...

dalam kondisi yang lain, waktu pertandingan debat..sangat2lah sesuai..selain mengganggu psikologi pihak lawan, boleh jugak kita buat mereka xsenang duduk.. owh..saya pernah punya pengalaman sebegini, perasaan ketika itu? kalau boleh nak lempang je si-dia-yang-asyik-tersenyum

saya dah senyum, awak sudi berkawan dengan saya?
5. experasi pertama

walau idiom menyebut "dun judge a book by its cover", tapikan..senyum ni eksperasi pertama kan2.. meh nak bagi contoh agak2 kalau kita tersesat kat jalan chow kit atau jalan masjid india, siapa jer yang kita nak tanya dulu? adakah muke mereka yang bengis (ala2 pembunuh bersiri gitu) atau pon mereka2 yang tidak lekang dek senyuman? rasa dah dapatkan jawapannya..

situasi lain pulak, kalau kt berada di tempat baru ker..contoh, baru masuk asrama, nak mula cari kawan, mestilah senyum2 dulu baru nak berkenalan kan2..

6. sedekah

pernah dengar x?

'senyum itu sedekah'

mesti pernah kan2..so...agak2 anda seorang yang pemurah, tetapi kurang berkemampuan, senyum ajalah! jangan peduli dengan balasan (kalau mereka yang disenyum tidak membalas senyuman), sebab..kita kan niat bersedekah..jesteru..terpulang mereka lah kan2..

owh ya, jika anda dalam kondisi yang sangat berat, mari, saya ajarkan senyum yang paling berkesan

tarik nafas, dan senyumlah!

walau senyum itu mungkin tidak dapan membantu menyelesaikan masalah, sekurang2nya, senyum memberi harapan untuk diri, supaya terus kuat untuk meneruskan kehidupan..bukan begitu? ketika itu, hanya senyum yang mampu dilakukan..





*saya xjumpa jiwa saya*


Tuesday, May 17, 2011 | By: Theye

tak guna belajar kalau untuk LUPA

tau? dulu sewaktu kecil, saya selalalu pandang tinggi pada mahasiswa
pada saya, pelajar u itu pandai, banyak ilmu
namun, saya hairan, bagaimana ya, segala yang dipelajari itu tidak dilupakan?
pada saya, pelajar u itu, tidak pernah lupa segala apa yang dipelajari..

waktu berlalu, tahun berganti, mentari terbenam terbit,
oh! sudah hampir saya pada zaman itu,
saya tiba disekolah menengah

perasaan pelik itu xpernah hilang
bagaimana ya pelajar u bila graduate akan terus pandai..
di alam persekolahan itu sendiri,
saya belajar, saya exam dan saya lupa

saya pejam dan saya celik
akhirnya, saya berada di alam ITU
semester satu dh berakhir
semester dua, baru je berlalu
mesti rasa lega, sebabnnya...
"ah! no more physics in my life"
"no more akaun and economi"

prof cakap, kami, belajar akaun, bukan untuk jadi akauntan, tapi untuk jadi manager, nak semak segala urusan,

namun terdetik di hati
"saya belajar dan saya lupa, mcm mana nak aplikasikan ke alam pekerjaan?"

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)

saya mula merenung lembaran semalam,

"owh! subjek sekolah menengah itu, walau dapat a pada SPM, bukan saya ingat pon!"
"adik tanya subjek kimia yang dari dulu hingga kini belajar, kena juga si pelupa nih membuka buku rujukan"

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)


usah pandang duniawi ya? baik! meh kita tgk ilmu fardhu ain yang memang wajib dipelajari
yaaa dah dapat A pon pada kertas jawapan
namun, boleh nak sebutkan dan tentukan hukum pembahagian zakat, harta ikut fara'id??

dah2!!!xpayah nak selak2 buku or pergi buat muker seposen tanya mr google..
tanya hati sendiri..
berguna ker A sekarang nih??

(TAK GUNAKAN BELAJAR KALAU MACAM NI)


selalukan dengar orang kata macam ni, 
"belajar bukan untuk exam!"

jesteru, sila aplikasikan sekarang ini yer!jangan pandai meluncur rata dibibir, hati dan fikiran sendiri memandang sepi! ahhh!! hipokrit itu!

tau kenapa belajar bukan untuk exam? sebab..belajar itu untuk ILMU, dan ILMU itulah yang nak digunakan, bukannya CGPA!
*sengih*

patutnya kan, kalau malam2 exam, rasanya xperlu nak pulun nak study, nak ingatkan segala nota..sebabkan..
belajar kan bukan kerana exam, ilmu kan dah penuh kat otak tuh..
cikgu add-math saya cakap..

"malam tu nak main snooker pon boleh"

so..cool jelah kan2...esok bgn tido, terus jer amik pen dan kuar kan balik segala ilmu yang dah dipelajari..
belajar kan bukan untuk exam..
tapi..kalau xboleh jawab, atau lepas jawab boleh lupa tu..tu bukan ker belajar kerana exam?

as conclusion..kala belajar untuk dilupakan..tok sah lah membazir masa, tenaga, duit nak bayar yuran
KALAU UNTUK DILUPAKAN, sebab... MEMANG TAK BERGUNA!



~sekian terima kasih!~

*akhir sekali, saya tersedar,'mahasiswa' yang saya pandang tinggi itu, mereka yang belajar bukan kerana exam
Wednesday, April 27, 2011 | By: Theye

hati dan diri

HATI: assalamualaikum DIRI, DIRI bz ker?

DIRI: eh HATI, xderlah bz..esok test hubungan etnik jer. mehlah duduk dekat DIRI

HATI: eh taper2, duk dekat dgn jantung ni pon dah okay. DIRI, HATI nak tanya sikit boleh?

DIRI: eh tanyalah..

HATI: DIRI sayang HATI x?
(mata HATI memandang ke bawah. kosong!)

DIRI: mestilah sayang...HATI tu sebahagian dari DIRI..DIRI xtau mcm mn hidup DIRI tanpa HATI

HATI: eemm HATI xtau nak cakap macam mana. tapi kan..HATI nak mintak tolong DIRI menjaga diri.

DIRI: kenapa ni sayang?
(kalau boleh dipeluk memang dah kena peluk HATI ni)

HATI: HATI eemm I dont know any word can describe my feeling right now. im juz sure that deep down inside, I feel im not protected!
(amik kau kan dah speaking)

(DIRI masih terpana sehingga sepatah perkataan pun tidak mampu dituturkan :first tyme dgr HATI skipping)

HATI: taderlah, mata DIRI meliar sana sini. kadang2 lidah tu menutur tanpa disusun. kadang2 HATI rasa makin jauh dgn DIRI, jauh dengan pencipta. hmph...mcm mn yer? HATI sedey jadi begini..

DIRI: eemm DIRI faham..maafkan diri yer.. HATI, DIRI minta HATI jaga cinta kita baik2 yer..

HATI: insyaALLAH klu kita sama2 pelihara, DIA turut menjaga kita. DIRI xmarah dekat hATI?

DIRI: tak sayang, kenapa mesti nak marah?

HATI: terima kasih DIRI...

*xder motif betul si penulis nih!aiyo!
Sunday, April 24, 2011 | By: Theye

ITU

*pendeknye tajuk..bnyk boleh capslock nih..hahhaaaa*

dia pandang, kau pandang, dia benci kau mencari suka
ITU bukan suka, tapi perasan

dia gaduh, kau gaduh, dia diam, kau mencari gaduh
ITU bukan rindu, tapi boring

ditikam dan terus ditikam, ditolak dan diperkotak-katikkan
bibir tetap dikunci
ITU bukan sabar, tapi terlalu baik

meminta, meminta dan terus meminta, hati yang asalnya beku, menjadi cair
ITU bukan cinta, tetapi kasihan
(amboi!layaknya diri mempersoalkan)

alarm clock bingit kat telinga, ditutup. tanak jugak bangun, even matahari dah mula nak naik kepala, nak jugak tunggu morning call dari si dia-yang-tidak-boleh-disebut-nama,
ITU bukan rindu, tapi tabiat

dalam kepala kosong, namun masih mampu untuk melayan movie dan anime,
tahu petang ada killer paper, ditanya dan jawapannya
"kita belajar ni bukan untuk exam"
okay ITU bukan berani, tapi gila!

orang sibuk merehatkan otak,bertungkus lumus membuka kamus, menghafal format, mencari vocab baru, kau sibuk main taip2 coretan yang tak memberi manfaat
ITU bukan tenang, tapi xsedar diri
(goes to me)

ketika susah mencari, ketika senang dilupai
ITU bukan pentingkan diri tapi lupa diri

ketika diri dilimpah dengan pelrbagai cubaan yang memberat
ITU bukan kerana DIA melupakan kita, tapi DIA ingin menunjukkan betapa kita tidak boleh hidup tanpa DIA

~end~

Teka-Teki..

A:oit!
konsentrasi terhadap microb yang selama ini menjadi 'bedtime story' terjejas...
bahunya ditepuk lembut..
B: ohhh!!diriku memang DICIPTAKAN untuk menerima kejutan dari kau!!
A: okayy....hotnyer...aku gurau jer..dah meh aku nak tolong kau tenang2 sikit..kita main TEKA-TEKI nak??
B: disebabkan kaulah kawan dunia aku nih.. okay aku spendlah sikit masa KHAS untuk kau!!

A: bila waktu hibernate student bermula?
B: owh manusia pon ada ek waktu hibernate? bila musim hujan?
jawapan: study week..kalau boleh 24 jam nak tido..nak qada' balik tiap2 pagi yang kena bangun awal pegi kelas

A: bila masa yer saat pensyarah paling diingati?
B: bila...eemmm bila saat result keluar?
jawapan: saat study week..pelajar2 berpusu nak pau soalan exam

A:bila saat hidup jadi xtentu arah, makan xbetul, jadual tido berantakan?
B: saat putus cinta???
jawapan: saat study week yang time tu baru nak cover semua subjek 1thn

A: bila saat kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan?
B: saat berebut girlfriend or boyfreind?
jawapan: saat study week. masing2 mencari jalan untuk dapatkan jawapan bagi assigment dan report yang perlu disiapkan sebelum exam

A: bila waktu TUHAN ditinggalkan dan dicari???
B: eemmm asal killer soalan kau nih??? eemm jawapan kau bagi semua study week..so..kali ni mesti study week gak kan jawapannya
jawapan: saat exam! waktu itu jer jalan terakhir yang tinggal. moga2 Allah membantu dalam exam dan segala ingatan tidak ditarik oleh TUHAN....

A: haa aku tgk kau pon dah xtension tuh..so..boleh rasanya aku angkat kaki nih..
(mission accomplished)
B: erk????


Friday, April 22, 2011 | By: Theye

~Indah~

assalamualaikum....

firstly.. pleazz take ur time..
pandang kanan, pandang kiri...
INDAH x suasana keadaan tempat kita sedang duduk sekarang???
what? duk dalam bilik? so xder keindahan???
huhuh... INDAH lah duk dalam bilik dari mereka mereka yang tidak mampu berada di dalam bilik macam kita kita nih..jangan tanya saya siapa..
tapi..kalau bilik macam tongkang pecah tuh.. erm.. =) (smile) kena berusahalah menjadikan bilik itu INDAH..supaya selesa nak bergerak....

ehem3 (clearing throat)
apa pandangan kita tentang dunia??
INDAH x????

kalau x INDAH..kenapa ada yang mendedikasikan INDAH di dalam lagu2??
xpercaya??

"alangkah INDAHnya hari berlalu..
mendamba kasih tambatan hati.."
(kalau tersalah lirik maaf yer)

macam mana dengan ini...

"INDAH sekolah kita..
sekolah kebangsaan kampong rinching"
(sekali keluar lagu sekolah daaa)
bagaimana pula dengan ini....
responnya angkat bahu..
taper..
mari kita singkap, mari kita ungkap satu persatu keINDAHan dunia ni..

langit.... INDAH kan, sering bertukar warna..
membuatkan mata tidak jemu memandang..

macam mana dengan ni'mat dunia??
ni'mat dunia sering ditafsirkan kalau kita dapat..
mereka-mereka yang cantik2 lagi hensem2...
atau duit yang berlambak-lambak sampai boleh
tido, makan, berhadas dengan duit...
makanan yang sedap2..
yang akhirnya akan dikeluarkan menjadi feces
dapat menjadi terbaik setiap acara atau anugerah...


as conclusion.. we have everything in the world..
tyme tulah nak cakap..
"HEAVEN"

ehem3...(clearing throat)

baiklah.. kalau kita bercerita dengan penuh semangat dan harapan mengenai keINDAHan dunia yang sementara dan pinjaman ini
dengan mata ynag bercahaya dan senyuman yang yang boleh ditarik ke telinga???

macam mana yer keadaan di sana yang kekal abadi..
bagaimana ya keINDAHan nya???

kalau kita lihat
fasha sandha, maya karin, anne hathway, and wanita-wanita cantik di sini atau diluar sana..
kita berfikir
"INDAHnya dunia"

bagaimana yer rupa bidadari di sana yang memang telah dijanjikan dan diceritakan mengenai kecantikan dia yang tiada tandingan??? nak bayangkan pon..xtersanggup

kalau kita lihat..
duit yang berlambak-lambak..
yang takat ferrari tu suku mata pon xpandang,
boleh beli baju2 yang sinarnya menyilau mata..
kita akan berfikir

"INDAHnya dunia"

bagaimana pula yer keadaan di sana
yang tidak perlukan duit..
hanya sekadar lintasan difikiran..
*VoooSShhhhh...* terang tang tang dah muncul depan mata...

kalau kita lihat..
dapat makan makanan yang penuh satu meja
yang lidah snediri tak mampu nak menyebutnya...
kita akan berfikir..

"INDAHnya dunia"

bagaimana pula dengan keadaan di sana..
yang dijanjikan segala kelazatan yang tidak dapat digambarkan..
jangan tanya saya mcm mn tuh..sebab saya pon x rasa lagi..

what?????
pikiran kita..
ingat senang ke nak masuk syurga tuh???
memanglah INDAH..tapi nak dapatkanna tuh..


okay fine!!!!!
kalau kita dh bekerja keras, then kita dapat syurga dunia tuh..
apa perasaan kita???

'INDAHnya kalau dapat macam ni hari2'

see..kita rasa indah sebab kita dah berusaha mendapatkannya..

macam tu lah jugak di sana..
kalau kita nak keINDAHan di sana..
kita kena berusaha lah kan2..
tiada siapa yang menghalang..
lagilah penghakim yang menentukan kedudukan di sana..
adalah DIA yang maha adil..

jesteru..ada alasan lagi???

as conclusion...
kita berfikir dunia tu INDAH..
kita melihat kekayaan mereka itu INDAH..
kita berharap punyai keINDAHan seperti mereka..

namun..
mengapa kit tidak berfikir
mengenai keINDAHan akhirat?
kekayaan DIA yang tidak mampu ditandingi oleh mereka mereka di bumi ini..
mengapa kita tidak berharap pada keINDAHan yang lebih abadi??

yaaa.. untuk mendapatkan yang terbaik..
kita perlu berikan yang terbaik..
untuk mendapatkan yang terINDAH..
kita perlu berikan yang terINDAH di 'mata' DIA yang menilai..


*maaf: terasa kekeringan ayat dan ilham...makin mengarut..*






~kisah ikan paus~


0238
sabtu

semestinya melalui satu lagi hari yang penuh harapan..namun...berakhir dengan penghampaan..
dan semangat yang penuh beransur kurang...

*p/s: sebutan spelling over the top tu adalah loghat seorang kanak2 kecil yang bercakap dengan kakaknya yg sangat suka melayan kerenah adiknya.sekali-sekala cubalah memahami sebutan kanak2,mereka akan rasa dihargai.

once upon a time...

terdapat seekor itan paush...
itan paush yang sentiasa semangat nak berenang!
walaupun diuji risiko kena bunuh,kena tangkap tinggi,dia tetap berenang.
syebab apa?
syebab...dia tau dia xpenah sekor2.*xboleh la nk guna sorang2 syebab dia ikan paush*
dia pun berenang berenang smpi jmp kapal besar,pasang pukat nak tangkap dia.
pastu xsempat lari dia kena t
embak bius.
kepala dia rasa denyut2,nak nangis je.tapi lepas tu dia dah xsedar.
.
.
.
bangun2,tengok2 dia dalam tangki bawah kapal.kena tangkap dah.
kesian dia.tapi itan paush ni xputus asa.
dia pun cari2 macam mana dorg bawa masuk dia dalam tangki tu.
dia fikir2,kalau dorg angkt dia kuar dari laut,mati la dia.tapi dia idup lagi.
pastu dia pun pikir2 lagi,dia dapat idea.mesti dorang ada buat pintu utk masukkan dia.
dia pun godeh2 cari,sampai xlarat.tenaga abish dah...
last2 dia xde mood dah nk usaha.
dia pun pejam mata.nak nangis...
terbayang muka adik2 kesayang,mak ayah dia,pastu kawan2 dia,
tiba2 dia buka mata,terus nekad nak cari jalan keluar.
semangat ni,nak kuar.sebab kalau dia xusaha sampai mati pun dia xleh kuar.
kesyian dia mati kena makan.

dia pun ketuk2 sana sini,sampai syakit kepak dia.
*ikan paus ada kepak ke?yg kat tepi guna utk berenang tu xingat panggil apa*
pastu ada bunyi 'krak'.
haa,tangki tu dah pecah!!
seronoknye...ye ye!! itan paush tu lompat2 syeronok!
itan paush tu ketuk2 lagi sampai terbuka ruang utk dia lari.
dengan kudrat yg tinggal sikit,dia pun berenang nak balik umah.
tapi laluan yg dia nak lalu ada lagi pemburu itan paush yg lain.
dia nekad,kalo dah berusaha,tawakal la keselamatan dia kat Allah.
walaupun dia itan paush je,dia pun ada Tuhan.
dengan penuh berani,dia pun berenang2.
sampai dia jumpa kapal lain,dia nyorok la.
abis tapal tu pergi,dia pun berenang balik.
last2 sampai ruma
h.

mak ayah dia syeronok sangat!
sebab anak dia berani tempuh cabaran dan ujian hidup walaupun tecik lagi.
anak dia xgenius,tapi anak dia berusaha je.
lepas tu itan paush tu pun dah xtakot nak berenang renang dekat kawasan laut yg luas.

*cerita dipetik dari blog yang diprivatekan olehh penulis blog ini





Wednesday, April 20, 2011 | By: Theye

I wish today is SELASA

08:03
21 april 2011

saat mata terbuka. syiling tepat kupandang...
terus hatiku berkata-kata

"kan bagus kalau hari ni SELASA"

okay2..sejarah silam..

minggu ni study week.. so faham2lah.. kalau boleh nak manfaatkan masa sedasyat2nya dgn buku..
tu niat di hati yer.. tapi amalan...wat x ikut niat tuh???
(tangan dibahu mata ke atas)

mlm isnin, (hari ke-2 study week)
dh mengantuk dah pukul 10..taper2 thn sikit jer lagi study..
tiba2... berkumandang suara housemate

"jom tgk movie sambil makan2"

rasanya xyah bgtau apa jwpnnya.. dan akhirnya ras mengantuk itu hilang dan..smpi ke pagi esoknya xkunjung tiba..
as conclusion xtido mlm..

selasa(hari ke-3 study week)
klu mlm xtido...mcm mana keadaan disiang hari???
bg siapa yang xpernah ada pengalaman..
meh nak cerita..
confom badan letih! n xboleh belajar pon!
niat hati bru je nak bukak ekonomi hari nih..
okay dr pg lepas beli mknn n kemas terus tido!
petang berjalan..
so... mmg xstudy lah kan2...

hari ni bila terjaga.....
" Iwish today is SELASA"

eh ello myself!!! ko ingat dengan wish2 tu bolehlah SELASA tu datang terkedek-kedek jumpa ko balik..lalui n jalani smula hidup ko? xingat yer teka-teki imam Ghazali..

"antara yang paling jauh sekali dgn manusia adalah masa yang telah berlalu.."

xkiralah nak pg naik jet o keta kebal..xkan dapat balik hari SELASA 20 April 2011
so skrg? nak menyesal? silakan..ada sapa nak larang? mmg tader..tapi..apa ko dapat bila nyesal?
(tangan ke atas mata di bahu)

so..buang yang keruh ambil yang jernih

" DIAlah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar" surah Yunus-67

okay..nak bg alasan siang xcukup nak study..fine! naper xtido awal n bgnlah dlm pukul 3 ker?? so mulakan hari mu dengan senyuman =)
(patutnya mulakan harimu diawal waktu)

alang-alang tu..boleh wat tahjud

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

hhmm ni kisah aku ass food technology semester 2! so..jgnlah bandingkan aku dengan my snior o student2 coarse lain mcm medic ker, kontemporari islam ker... sebab..aku adalah aku kan2..
tapi mcm mn pon,..tetap kena tido kan!

so.. ada akal fikirnyer...





Monday, April 11, 2011 | By: Theye

Letihnyer...

aahh!!! LETIHNYA drive td..
rs mcm nak terus tido je balik nih..
tapi..
memikirkan malaikat xpernah LETIH mencatit setiap dosa yang dilakukan..
badan menjad kembali segar

aahh!!!LETIHnya belajar nih..
assment lagi, repot lagi..aish!
tapi...
memikirkan musuh islam xpernah LETIH berusaha menjatuhkan islam
badan kembali segar..

ahh!!LETIHnya nak wat exercise nih
test ni leceh lah..
tapi..
memikirkan lecturer xpernah LETIH nak menolak dan memangkah jawapan...
badan kembalimenjadi segar

ahhhh!!!LETIHnya buat baik nih..
nanti org keliling duk ngata, baget bagus lak..
tapi..
memikirkan Allah xpernah LETIH selalu melihat amal kebaikan hambaNYA..
badan kembali menjadi segar

aahh!!LETIHnya buat kerja tadi..
nak rokok lah dullu..
tapi..
memikirkan molecule2 rokok yang xpernah LETIH nak merosakkan sel2 badan..
diletakkan kembali rokok

ahhhh!!!LETIHnya menaip nih..
tido lagi bez!!
tapi...
memikirkan otak xpernah LETIH dari berfikir..
badan kembali menjadi segar

jesteru..masih mahukah kita berasa LETIH??/
Friday, April 8, 2011 | By: Theye

~kisah AKU dan AIR

assalamualaikum...


air: aku sungguh berguna, aku sangat penting!
aku: mengapa kau menuturkan kata2 sedemikian rupa?
apakah kau yang paling penting dalam dunia?
air: kau lupa? tatkala maraknya api, AIR juga yang mampu memadamkannya..
kau mahu nafikan itu?
aku: tidak AIR..bukan niat AKU untuk memperkecilkan kau
kau punya kekuatan tersendiri yang Allah ciptakan
namun, kau perlu ingat, ada lagi makhluk lain yang Allah ciptakan. kesemuanya punyai kekuatan yang tidak mampu ditandingi.
api, bukan kau sahaja yang mampu memadamnya.. adakalahnya pasir lebih mampu dari kau
air: ah! kau mmg cemburu melihat kekuatan aku!
aku yang setitik demi setitik mampu melekukkan batu yang segunung
apa kau lupa?
tatkala spesis kau berada dalam amarah
air juga yang mampu mendamaikan
air merupakan unsur penting dalam perantaraan..
aku: ahh! kau terlalu bongkak. ya mungkin aku lupa betapa lembutnya kau mampu mendamaikan hati amarah..
namun kau perlu ingat AIR..
dek kerana kesombongan dan ketakburan kau
kau bertukar menjadi ais
kau menjadi lebih keras dr batu!
hingga mampu mencederakan AKU..
apa kau lupa juga? adakala kau terlalu lembut utk mendamaikan hati
pasir juga yang mampu
sahabat nabi sendiri punyai abu bakar dan umar.
kau mahu nafikan itu???
air: ahh persetakan itu semua! org yang dungu seperti kau saja yang mampu percaya perkara sedemikian rupa
aku: AKU hanya menghulurkan tali, terserah mahu menyambut atau memotong..

* tanpa air sempat menjawab barang sepatah, satu lori pasir menumpahkan perutnya, hilanglah AIR diresapi oleh pasir..AKU hanya mampu memandang....hiba

as conclusion:
kadang2 dalam menentang kezaliman, tidak semestinya menggunakan air, ketegasan dan keutuhan pasir juga perlu..

n yang lain2, dapat x huraikannya??

Friday, April 1, 2011 | By: Theye

kenapa cinta dia??

mood : xboleh tido sambil mkn chipsmore...

assalamualaikum...


A: kenapa kau cinta dia??
B: sebab dia baik, dia xmacam lelaki/perempuan lain yang aku jumpa
A: apa yang lain??hidung dia terbalik ker??
B:dia baik sangat!! terima je apa yang kurang atau lebih kat aku. Dia xpernah marah..cool kan2
A: DIA xcukup baik ker??? memang x akan ada pon yang menyerupai DIA,
DIA sentiasa bg peluang untuk kita bertaubat, tak der pon nak bagi azab direct mcm tu
tapi kenapa kita xcinta DIA??

A: kau sayang ibu ayah tak??
B: gila apa soalan kau nih???of coz arr sayang! sayang giler, giler pon xsayang mcm nih
A: kenapa kau sayang mereka?
B: pergh! asal kau ni tanya soalan yang budak darjah satu boleh jawab??
mestilah sebab ibu yang melahirkan, pastu dorang bagi duit, pakaian, coklat..
bagi mainan banyak2..
A: macam mana kau tunjuk kan rasa sayang tuh?
B: aku dengar cakap dorang, belajar pandai2 wat dorang bangga, pastu dorang bagi aku hadiah,
ikut dorang cakap,mintak pendapat kt dorang, cakap I LOVE YOU, puji2 dorang
( wah mithali betul)
A: okay..kali ni aku nak bagi soalan yang bukan budak darjah satu pon tercari-cari soalannya
kau cinta DIA??
B: killernyer soalan!! mestilah CINTA!!!
A: habis tu kenapa tingkah laku kita menunjukkan sebaliknya?
perintah dan larangan DIA selalu kita langgar,
tak wat pon sesuatu yang wat DIA bangga,
dalam keputusan jarang yer kita minta petunjuk DIA
jarang sangat kt nak berzikir memuji DIA
nak ingat dia apatah lagi..
sedangkan..DIA tu lagilah..dah lah jadikan kita,
memberi rezeki yang melimpah ruah..
kenapa kita tidak menunjukkan rasa CINTA tu kat DIA??

A: kenapa yer kau sayang bezfrend kau tuh?
B: dia orang yang banyak berbakti kat aku..
A: bakti? mcm mn tuh?? tolong siapkan kerja sekolah,assigment? bagi tiru dalam exam..
mcm tu ker??
B: ish3 agak2lah kalau yer pon!
dia tolong aku kalau aku susah, dia ada jer nak dengar masalh aku
dia nak teman aku pg mana2..
A: oooo kalau gitu kan..
DIA selalu tolong bagi ilham bagi setiap kesusahan
contohnyer dalam exam klu stuck, DIA juga yang turunkan ilham
DIA bersedia jer dan suka sangat kalau kita mengadu kat DIA
lepas solat ker, dalam sujud ker..
dan DIA sentiasa ada, nak jaga kita..
so..DIA lah lagi patut kita sayang kan2..

dialog di atas adalah rekaan si penulis..
hasil dialog antara akal dan juga hati

as conclusion..
pikir lah sniri..
setiap orang punyai hak untuk berfikir..
negara demokrasi kan..

~Thend~
Wednesday, March 30, 2011 | By: Theye

MALAS itu elok....

kassalamualaikum....
ehem2..hari ni saya ingin melontarkan pandangan saya mengenai MALAS..setelah diamati dan dihayati..saya merasakan..MALAS itu elok sebernarnya..

Firman Allah:

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (Qs. Ad Dukhaan : 38-39)

tafsiran ayat di atas yang saya faham..setiap kejadian tu mesti ada sebabnyer..kerana itu jugalah saya merasakan..MALAS itu sangat2lah elok sebenarnya.. (ni klu wat ayat karangan SPM confrom markah sikit ayat berulang2)

****************************************************************************************************************************************
situasi pertama

A: B, ko nak rokok?

B : MALAS aku..

A: pergh!rokok free pon ko ley kater MALAS lagi??aper kes?? ceciter ceciter..

B : ko tau kan, kita merokok, tapi orang yang menghidu asap tu, diorang jadi perokok pasif.

A: tau2...hal kecik jer..

B: kecik ko cakap???okay meh aku terasa nak jadi pensyarah bebas kat ko ni..ko dengar leklok yer... perokok pasif tu nyawanya 3x lebih bahaya berbanding perokok aktif dengan peningkatan kematian sebanyak 15%
risiko untuk mendapat kanser adalah sebanyak 18%,
dan macam2 lagi..

A: so..dari kita jadi perokok pasif..baik kt jadi perokok aktif kan, kurang sikit risiko

B: betul tu..mmg kurang.. tapi..aku MALAS. MALAS nak jadi penyebab kepada kematian
dan penyakit untuk orang2 sekeliling..
dengan kata lain, aku MALAS nak jadi pembunuh
tapi, kalau ko nak merokok, boleh jer..aku xlarang..
tapi aku ada cadangan bagi mendapatkan asap yang 100% kau sedut..
apa kater..ko pg hisap rokok dlm plastik..barulah 100% bro..
A: @#$%%^&&**((

situasi ke 2

A: jom kita berhenti solat dulu nak? nnti boleh smbung shopping lagi..

B: ala..kita qada jelah asar skali..lecehlah nak buang make up ni..

A: xnak aku! aku solat sekarang.. MALAS aku nak jawab dengan TUHAN nnti..

situasi ke 3

A: jom lepak! boring wei ngadap microb yang xpernah nak habis2 nih,
lagipun, test mggu depan kan..lama lagi

B: MALAS aku nak tangguh2..MALAS nak nnyesal kemudian nanti..

situasi 4

A: okay! line clear! aku cover ko pg amik purse makcik tuh..

B: wei!!! xnak arr..MALAS aku nak bersoal jawab dengan mungkar nangkir nnti..

*************************************************************************************************************************************


perhatian!!!dialog di atas adalah rekaan penulis semata-mata kay!

see, nmpak kan betapa untungnya org MALAS nih..dengan MALAS, insyaAllah jenayah dapat dielakkan, kewajipan dapat ditunaikan dan..... macam macammmmm lagi..kan2..
setuju x???

so..as conclusion...MALAS tu elok..klu kena pada caranya...

~Thend~

Sunday, March 27, 2011 | By: Theye

~rindu~


buah senduduk penawar bisa,
bisa tertusuk pohon semalu,
berikan saya sedikit masa,
bicara sepatah dua yang perlu

assalamualaikum...

yang berbahagia..tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, peenjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta hadhirin hadhirat yang dirahmati Allah sekalian.

pada pagi yang penuh kebahagian dan kerahmatan ini, terpanggil saya untuk membincangkan satu topik yang sentiasa berlegar di dalam kotak pemikiran setiap manusia antara sedar atau tidak, dan dalam realiti dan fantasi iaitu RINDU.

pemuda pemudi harapan bangsa,

sebelum kaki menjejaki lebih dalam lagi, izinkan saya untuk membuka kotak definisi RINDU itu sendiri melalui sudut literal. merujuk kamus dewan edisi ke empat, RINDU ditransliterasikan sebagai ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang. menjengah istilah RINDU dari segi konseptualnya pula, RINDU itu adalh satu perasaan kehilangan saat sesuatu atau seseorang yang tiada lagi di sisi kita.
bole pulak tetiba gmbr bear nih...
bak kata pepatah, dekat bau tahi, jauh bau bunga..
perasaan RINDU ini tidak dirasai saat sesorang berhampiran dengan kita. kenapa ya?
hal ini disebkan RINDU itu sendiri adalh kehilangan, di mana sesorang yang selalunya berada dihadapan kita, kini jauh dek penglihatan. dalam erti kata lain, rindu itu bukan terletak pada lidah yang tidak bertulang mengungkapkan "AKU RINDU KAMU" tetapi ialah satu perasaan yang tidak digambarkan dan hanya dirasai oleh mereka yang bertuah sahaja. persoalanya, adakah kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu? tepuk dada, tanyalah hati..

terngiang digegendang nyanyian allahyarham P.RAMLEE

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang
credit to link



perasaan RINDU itu sendiri menyakitkan. mangsa bagi perasaan ini sendiri mampu membuatkan reaksi yanng tidak dapat diduga dek pemikiran seperti tidur tidak lena, makan tak kenyang dan mndi tak basah.......... bla bla bla...

***************************************************************************************************************

kini, penulis sudah tiada idea untuk menyambung teks ucapan..hehehe

ehem3.. nak bicara tentangRINDU.. setuju jika saya katakan RINDU itu menyakitkan..sungguh! (fine kalau xsetuju)
menyakitkan kerana bila dah hilang baru tau erti mengahrgai, bila dah tiada baru rasa perlunya dia itu..hehehe...tapi indah bukan..
kesakitan dalam keindahan..

contohlah kan2...kalau dah 24 jam asyik tgk muka rumate, rasa biasa je kann2...tapi bayangkanlah, kalau dia balik rumah smeinggu, boleh jadi seriau jugaklah..sebab duk bilik sorang2, dah tader nak dipandnag..nak harapkan pandang teddy bear yang xreti nak gerak2 tu kan2... haa tu namanya rindulah tuh..
(situasi sebegini xterjadi kalau anda tidak menatap muka rumate selama 24 jam yer..harap maklum)

okay..nak bagi contoh lagi
dengan seseorang yang selalu dah kita gaduh...
tetiba orang tu jadi diam dan malas nak layan. setuju x kalau saya cakap kita akan mencari 1001 cara untuk si dia bergaduh kembali dengan kita..kerana apa???kerana RINDU lah...ish3..
pelikkan RINDU nih..

tapi kan..yang paling menyakitkan adalah rasa RINDU yang melebihi yang selayakNYA..
sangat memeritkan.... adakah kerana kita tidak merasa kehilanganNYA??kerana apa?

kerana DIA sentiasa berada di sisi kita. setiap saat membekalkan oksigen, rezeki, keindahan..
adakah rasa rindu itu sendiri perlu hadir saat segala nikmat telah ditarik??
hhmmphh..saya sendiri tiada jawapan yang pasti..

namun alangkahkah indahnya jika setiap saat RINDU itu hadir khas untuk si DIA..
(proses mencari RINDU)!!


nasi lemak buah bidara
daun selasih bungannya serumpun
sekian dahulu dari saya
tersilap bicara harap diampun..
(ni kes pantun pengakhiran untuk ucapanlah..)

***********************************************************************************************************

p/s: ni kes dah meRINDU zaman sekolah lah nih, wat teks panjang2, hafal berjela-jela, pastu pegi masuk pertandingan..heheheh maaf yer smeua..

Saturday, March 26, 2011 | By: Theye

untung



assalamualaikum...
first of all...siapa suka berniaga???? show me ur hand plezzz.... aiii xramai ker???
okay2..nak tukar soalan....
siapa kat sini yang suka..eemmm suka... JENG JENG JENG!!!!
siapa nak UNTUNG????!!!!angkat tangan mcm saya!!!!....

kali ini, saya nak share satu busness atau cara nak buat untung dengan paling mudah!!!
eh eh...janganlah takut..ni bukan MLM tau2!!!! konsep dia..siapa yang
buat, dia yang dapat!
bak kata pepatah arab..man jadda wa jada, wa man zaraa' hasodah..
(siapa yang berusaha dia dpt, siapa yang menanam dialah yang mendapat hasilnya)

baiklah..kita cerita pasal untung dulu kemudian baru beralih ke pada cara nak apply yerk!!! *Wink* (UNTUNG UNTUNG..di mana kau UNTUNG)

cara pengaliran untung tu adalah..tiap saat tiap ketika..akan sentiasa masuk, bygkan dlm 24 jam sehari, xkira kita mkn, duduk saja, tido, main2, study...UNTUNG tu masuk jer..berterusan...xhenti2...haaa suka x????

okay2..meh nak sahre cara nak apply kay...
syarat dia 2 jer..
  • buat kerana Allah
  • ikut syariat
cara bisness tu adalah..menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan! bila sesuatu yang dibuat atas nama Allah..insyaAllah Allah akan sentiasa memebri ganjaran kepada kita, bayangkan kalau setiap saat kt sebut, atau niat dalam hati...
setiap saat kt dpt UNTUNG..haaa suka x??? suka kan2..mn lagi nak dpt benda mcm gini atas dunia nih???

modal????
  • air liur
  • hati
mmglah tiada mana2 buku bank yang kt boleh rujuk nak tgk sejauh mana keUNTUNGan kita, tp..insyaAllah Allah kan Maha Adil, xkan terlepas satu pon perbuatan baik yang dibalas kan2..

bila difikir balik, jika perlakuan ini dah menjadi habit bagi diri...waktu kita nak buat perkara-perkara yang melanggar syariat, mesti terpikir kan2..

"xkan ini pon nak niat kerana Allah??"
jesteru sedikit sebanyak..dptlah mencegah kita dr melakukan kemungkaran..ye x??? insyaAllah...


jesteru tanya diri anda...anda berminat untuk mendapatkan UNTUNG dengan mudah???
jangan tunggu lagi..jangan lepas peluang!!! anda jugak digalakkan unttuk menyebarkan kepada rakan2 anda...
"SHARING IS LOVING"
"everyone got opportunity, depend on us, wanna grab it or leave it.."
credit to penulis

Friday, March 25, 2011 | By: Theye

~bersyukur dengan apa yang ada~


Let us begin with bismillah,

Let us end with alhamdulillah.

That is the days of our lives,

Hopefully we receive the rahmah (blessings) from Allah..


motif saya pada hari ini adalah..untuk menginagtkan diri yang makin lama makin tenggelam dengan arus kepesatan dan kemelaratan harta kebendaan disamping ddengan segala tugas tidak pernah lapuk dek hujand an tidak lekang dek panas..

(okay..ini sudah lebih)

ehem3....

kembalilah kejalan yang benar wahai diri..


pernah tak walau sedetik dlm hidup kita, kt tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat..

seperti..

" kenapa u aku ni xjadi u terhebat di malaysia macam USM?'

" aiyo!!!napa broadband hari ni slow giler..giler pon xslow mcm ni"


and so on..maaf lah yer..penulis tidak berbakat dalam bab mengelistkan perkara seumpama ini..hehehe

kenapa mesti merungut??? sedar atau tidak, saat kita merungut adalah saat kt tidak berpuas hati dengan pemberian Allah, dengan kata lainyer ..kita tidak bersyukur.. sebernarnyer..kita merungut adalah disebabkan..

sudut pandangan negative yang kita ambil melebihi dari sudut positive..

org kata mcm nih..

"lebih sudu dari kuah" (tp..mcm xkena jer peribahasa ni)


jom kita pakat-pakat..lepas nih...

kita cuba untuk menyediakan diri..untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki..elakkan dari merungut..

sebabnyer..bila kita merungut..kita yang rugi!

hidup tidak tenteram, selalu murung

percaya x..org yang bersyukur nih adalah orang yang ceria???

caya x??? ala..percaya lah/...

okay fine! kalau xpercaya... cubalah praktikkan rasa bersyukur nih..

syukur nih apa yer??

eemm mcm menerima sesuatu dengan hati yang terbuka..

tp jgn salah erti kan.. bukannya dalam situasi, kita tidak eprnah berusaha, then dpt result teruk, so saat tu boleh lak bersyukur??? haa klu dalam situasi sedemikian... kita kena bersyukur dan... kita kena BERUSAHA lagi..


GO OURSELF GO!!!


kenapa yer kena bersyukur???

sebab...


Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.


see..hebatkan bersyukur nih...

salah satu cara untuk tunjukkan rasa bersyukr..ialah dengan menyebut ALHAMDULILLAH..

"salah satu Keajaiban kalimat syukur dapat kita lihat hasil penelitian Dr. Masaru Emoto, seorang ilmuwan Jepun, dimana jika kita bersyukur di hadapan air, terima kasih, maka molekul airnya membentuk sebuah kristal-kristal yang indah dan mempesona..padahal tubuh manusia 75% terdiri dari air, Otak 74,5% air, Darah 82% air, Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Betapa hebatnya tubuh manusia jika setiap saat, minit dan jamnya selalu dihiasi dengan kalimat syukur Alhamdulilah.."

kenyataannyer..dari link ini

hebatkan kuasa bersyukur..

lagikan..untuk sentiasa menukarkan dari sentiasa merungut kepada sentiasa bersyukur...

ialah.... tukarkan sudut pandangan..

satu contoh.. jika kt merunngut broadband slow, at least masih boleh gunakan, masih boleh mengakses dan berbals comment di mukabuku... mungkin tidak pada ketika itu (tyme bb slow) tapi..hari2 sebeblumnyer..24 jam klu boleh nak on9 kan2..

haaa cuber pikir..tyme broadband boleh berfungsi dgn elok..tader pulak kt nak ckp

"terima kasih broadbband..sayang awak!!mmuah3!!!"

tapi..sebaliknyer bila broadband mogok kejap..aish..macam2 istilah yang keluar kan2..

maknanyer..pandang ke arah positive..

dan..inglah lagu ini saat bibir ingin meluncurkan rungutan..

"~dan bersyukur dengan apa yang ada~"

(tambah sound effect sambil menggoyang badan kekiri dan ke kanan untuk menikmati hasil yang terbaik)

cukup rasanya untuk kali ini..

moga membawa manfaat kepada kita semua...

insyaAllah..