Sunday, March 27, 2011 | By: Theye

~rindu~


buah senduduk penawar bisa,
bisa tertusuk pohon semalu,
berikan saya sedikit masa,
bicara sepatah dua yang perlu

assalamualaikum...

yang berbahagia..tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, peenjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta hadhirin hadhirat yang dirahmati Allah sekalian.

pada pagi yang penuh kebahagian dan kerahmatan ini, terpanggil saya untuk membincangkan satu topik yang sentiasa berlegar di dalam kotak pemikiran setiap manusia antara sedar atau tidak, dan dalam realiti dan fantasi iaitu RINDU.

pemuda pemudi harapan bangsa,

sebelum kaki menjejaki lebih dalam lagi, izinkan saya untuk membuka kotak definisi RINDU itu sendiri melalui sudut literal. merujuk kamus dewan edisi ke empat, RINDU ditransliterasikan sebagai ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang. menjengah istilah RINDU dari segi konseptualnya pula, RINDU itu adalh satu perasaan kehilangan saat sesuatu atau seseorang yang tiada lagi di sisi kita.
bole pulak tetiba gmbr bear nih...
bak kata pepatah, dekat bau tahi, jauh bau bunga..
perasaan RINDU ini tidak dirasai saat sesorang berhampiran dengan kita. kenapa ya?
hal ini disebkan RINDU itu sendiri adalh kehilangan, di mana sesorang yang selalunya berada dihadapan kita, kini jauh dek penglihatan. dalam erti kata lain, rindu itu bukan terletak pada lidah yang tidak bertulang mengungkapkan "AKU RINDU KAMU" tetapi ialah satu perasaan yang tidak digambarkan dan hanya dirasai oleh mereka yang bertuah sahaja. persoalanya, adakah kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu? tepuk dada, tanyalah hati..

terngiang digegendang nyanyian allahyarham P.RAMLEE

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang
credit to link



perasaan RINDU itu sendiri menyakitkan. mangsa bagi perasaan ini sendiri mampu membuatkan reaksi yanng tidak dapat diduga dek pemikiran seperti tidur tidak lena, makan tak kenyang dan mndi tak basah.......... bla bla bla...

***************************************************************************************************************

kini, penulis sudah tiada idea untuk menyambung teks ucapan..hehehe

ehem3.. nak bicara tentangRINDU.. setuju jika saya katakan RINDU itu menyakitkan..sungguh! (fine kalau xsetuju)
menyakitkan kerana bila dah hilang baru tau erti mengahrgai, bila dah tiada baru rasa perlunya dia itu..hehehe...tapi indah bukan..
kesakitan dalam keindahan..

contohlah kan2...kalau dah 24 jam asyik tgk muka rumate, rasa biasa je kann2...tapi bayangkanlah, kalau dia balik rumah smeinggu, boleh jadi seriau jugaklah..sebab duk bilik sorang2, dah tader nak dipandnag..nak harapkan pandang teddy bear yang xreti nak gerak2 tu kan2... haa tu namanya rindulah tuh..
(situasi sebegini xterjadi kalau anda tidak menatap muka rumate selama 24 jam yer..harap maklum)

okay..nak bagi contoh lagi
dengan seseorang yang selalu dah kita gaduh...
tetiba orang tu jadi diam dan malas nak layan. setuju x kalau saya cakap kita akan mencari 1001 cara untuk si dia bergaduh kembali dengan kita..kerana apa???kerana RINDU lah...ish3..
pelikkan RINDU nih..

tapi kan..yang paling menyakitkan adalah rasa RINDU yang melebihi yang selayakNYA..
sangat memeritkan.... adakah kerana kita tidak merasa kehilanganNYA??kerana apa?

kerana DIA sentiasa berada di sisi kita. setiap saat membekalkan oksigen, rezeki, keindahan..
adakah rasa rindu itu sendiri perlu hadir saat segala nikmat telah ditarik??
hhmmphh..saya sendiri tiada jawapan yang pasti..

namun alangkahkah indahnya jika setiap saat RINDU itu hadir khas untuk si DIA..
(proses mencari RINDU)!!


nasi lemak buah bidara
daun selasih bungannya serumpun
sekian dahulu dari saya
tersilap bicara harap diampun..
(ni kes pantun pengakhiran untuk ucapanlah..)

***********************************************************************************************************

p/s: ni kes dah meRINDU zaman sekolah lah nih, wat teks panjang2, hafal berjela-jela, pastu pegi masuk pertandingan..heheheh maaf yer smeua..

8 orang yang turut berfikir:

Nadhirah said...

huuuiiii,pidato peewwit!

Theye said...

hehehe...tapi xboleh lah nk menang klu ayat tunggang langgan gitu..hehehhe

cloud9 said...

LIKE :)

Theye said...

yana minat pidato??

Nadhirah said...

yela...kakak je juara...mklumla,kakak kn org jepun...

Theye said...

wow!!klu org jepun berpidato lagi hebat kan2

Nadhirah said...

ehem, perli nampak.
jaga la helmet kucing tu.nanti jadi mangkuk sup.

Theye said...

klu dh nm jepun..
semunyalah nmpkmcm sup..
agaknyer..kucing tu dinampak mcm sushikot!!!