Wednesday, March 30, 2011 | By: Theye

MALAS itu elok....

kassalamualaikum....
ehem2..hari ni saya ingin melontarkan pandangan saya mengenai MALAS..setelah diamati dan dihayati..saya merasakan..MALAS itu elok sebernarnya..

Firman Allah:

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (Qs. Ad Dukhaan : 38-39)

tafsiran ayat di atas yang saya faham..setiap kejadian tu mesti ada sebabnyer..kerana itu jugalah saya merasakan..MALAS itu sangat2lah elok sebenarnya.. (ni klu wat ayat karangan SPM confrom markah sikit ayat berulang2)

****************************************************************************************************************************************
situasi pertama

A: B, ko nak rokok?

B : MALAS aku..

A: pergh!rokok free pon ko ley kater MALAS lagi??aper kes?? ceciter ceciter..

B : ko tau kan, kita merokok, tapi orang yang menghidu asap tu, diorang jadi perokok pasif.

A: tau2...hal kecik jer..

B: kecik ko cakap???okay meh aku terasa nak jadi pensyarah bebas kat ko ni..ko dengar leklok yer... perokok pasif tu nyawanya 3x lebih bahaya berbanding perokok aktif dengan peningkatan kematian sebanyak 15%
risiko untuk mendapat kanser adalah sebanyak 18%,
dan macam2 lagi..

A: so..dari kita jadi perokok pasif..baik kt jadi perokok aktif kan, kurang sikit risiko

B: betul tu..mmg kurang.. tapi..aku MALAS. MALAS nak jadi penyebab kepada kematian
dan penyakit untuk orang2 sekeliling..
dengan kata lain, aku MALAS nak jadi pembunuh
tapi, kalau ko nak merokok, boleh jer..aku xlarang..
tapi aku ada cadangan bagi mendapatkan asap yang 100% kau sedut..
apa kater..ko pg hisap rokok dlm plastik..barulah 100% bro..
A: @#$%%^&&**((

situasi ke 2

A: jom kita berhenti solat dulu nak? nnti boleh smbung shopping lagi..

B: ala..kita qada jelah asar skali..lecehlah nak buang make up ni..

A: xnak aku! aku solat sekarang.. MALAS aku nak jawab dengan TUHAN nnti..

situasi ke 3

A: jom lepak! boring wei ngadap microb yang xpernah nak habis2 nih,
lagipun, test mggu depan kan..lama lagi

B: MALAS aku nak tangguh2..MALAS nak nnyesal kemudian nanti..

situasi 4

A: okay! line clear! aku cover ko pg amik purse makcik tuh..

B: wei!!! xnak arr..MALAS aku nak bersoal jawab dengan mungkar nangkir nnti..

*************************************************************************************************************************************


perhatian!!!dialog di atas adalah rekaan penulis semata-mata kay!

see, nmpak kan betapa untungnya org MALAS nih..dengan MALAS, insyaAllah jenayah dapat dielakkan, kewajipan dapat ditunaikan dan..... macam macammmmm lagi..kan2..
setuju x???

so..as conclusion...MALAS tu elok..klu kena pada caranya...

~Thend~

Monday, March 28, 2011 | By: Theye

Monolog diri 5


BUNGA ITU
di dalam bekas kaca
tiada MEREKA yang cuba membuka
namun, BUNGA ITU tetap tersenyum
tidak sesekali cuba memecahkan kaca
ya benar..
BUNGA ITU tidak perlukan
tangan-tangan yang mencuba
cukuplah sepasang
buat DIA yang punyai kunci
yang sudi menemani hingga akhir hayat nanti

Sunday, March 27, 2011 | By: Theye

~kau stimewa~

credit to : indigo-istimewa

assalamualaikum dan salam sejahtera...
so..dah tekan lagu tuh??
tekanlah.. meh nak pos lirik skali yer..

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

tujuan saya pos lirik lagu tu.. sebab...jiwang kan2.. sapa setuju????
memang jiwang pon, dan lirik dia penuh bermakna.. betul x??
what????saya lak terlebih feeling??
taperlah kalau terlebih feeling pon..kalau untuk seseorang yang sangat bermakna kan2..

ehem3..kat sini saya nak cakap..
lagu2 cinta yang berdendang tu bukannya dituju khas buat kekasih yer.. (jadi sila jgn perasan yer kekasih2 sekalian..sekian terima kasih)

lagu-lagu yang istimewa ni untuk orang2 yanng istimewa jer.mcm ibu ker..
kan2... haa kenapa bukan ayah?? sebab biasanya ayah nih, dia kental sikit..so..susah ank tounching2 sikit..
oopss..ke mmg ayah saya jer yang mcm nih?? (oppss..ampun abah)..

taperlah...lagu ni buat saya, saya dedikate kan untuk ibu saya
(eleh mementang ibu xtau blog ko! bolehlah nak tayang2 kat sini kan2)

kenaapa mesti lagu??
naper bukan puisi or apa yer??
sebabkan..bila lagu, ada ,lirik, ada rentak, ada melodi!
jesteru...lebih menarik kan... akuilah..manusia sniri mmg lebih tertarik pada lagu kan2..
(ke saya jer yang begitu??)

kadang2 lagu tu sendiri dah membawa kepada rahsia atau hasrat hati..malah lebih lagi kan2...
jesteru..biarlah lagu yang berkata2..

as conclusion!!! pandanglah setiap sesuatu tu dari sudut yang berbeza..walau apa jua sekali pon..
especially dr sudut yang positive..

~rindu~


buah senduduk penawar bisa,
bisa tertusuk pohon semalu,
berikan saya sedikit masa,
bicara sepatah dua yang perlu

assalamualaikum...

yang berbahagia..tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, peenjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta hadhirin hadhirat yang dirahmati Allah sekalian.

pada pagi yang penuh kebahagian dan kerahmatan ini, terpanggil saya untuk membincangkan satu topik yang sentiasa berlegar di dalam kotak pemikiran setiap manusia antara sedar atau tidak, dan dalam realiti dan fantasi iaitu RINDU.

pemuda pemudi harapan bangsa,

sebelum kaki menjejaki lebih dalam lagi, izinkan saya untuk membuka kotak definisi RINDU itu sendiri melalui sudut literal. merujuk kamus dewan edisi ke empat, RINDU ditransliterasikan sebagai ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang. menjengah istilah RINDU dari segi konseptualnya pula, RINDU itu adalh satu perasaan kehilangan saat sesuatu atau seseorang yang tiada lagi di sisi kita.
bole pulak tetiba gmbr bear nih...
bak kata pepatah, dekat bau tahi, jauh bau bunga..
perasaan RINDU ini tidak dirasai saat sesorang berhampiran dengan kita. kenapa ya?
hal ini disebkan RINDU itu sendiri adalh kehilangan, di mana sesorang yang selalunya berada dihadapan kita, kini jauh dek penglihatan. dalam erti kata lain, rindu itu bukan terletak pada lidah yang tidak bertulang mengungkapkan "AKU RINDU KAMU" tetapi ialah satu perasaan yang tidak digambarkan dan hanya dirasai oleh mereka yang bertuah sahaja. persoalanya, adakah kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu? tepuk dada, tanyalah hati..

terngiang digegendang nyanyian allahyarham P.RAMLEE

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang
credit to link



perasaan RINDU itu sendiri menyakitkan. mangsa bagi perasaan ini sendiri mampu membuatkan reaksi yanng tidak dapat diduga dek pemikiran seperti tidur tidak lena, makan tak kenyang dan mndi tak basah.......... bla bla bla...

***************************************************************************************************************

kini, penulis sudah tiada idea untuk menyambung teks ucapan..hehehe

ehem3.. nak bicara tentangRINDU.. setuju jika saya katakan RINDU itu menyakitkan..sungguh! (fine kalau xsetuju)
menyakitkan kerana bila dah hilang baru tau erti mengahrgai, bila dah tiada baru rasa perlunya dia itu..hehehe...tapi indah bukan..
kesakitan dalam keindahan..

contohlah kan2...kalau dah 24 jam asyik tgk muka rumate, rasa biasa je kann2...tapi bayangkanlah, kalau dia balik rumah smeinggu, boleh jadi seriau jugaklah..sebab duk bilik sorang2, dah tader nak dipandnag..nak harapkan pandang teddy bear yang xreti nak gerak2 tu kan2... haa tu namanya rindulah tuh..
(situasi sebegini xterjadi kalau anda tidak menatap muka rumate selama 24 jam yer..harap maklum)

okay..nak bagi contoh lagi
dengan seseorang yang selalu dah kita gaduh...
tetiba orang tu jadi diam dan malas nak layan. setuju x kalau saya cakap kita akan mencari 1001 cara untuk si dia bergaduh kembali dengan kita..kerana apa???kerana RINDU lah...ish3..
pelikkan RINDU nih..

tapi kan..yang paling menyakitkan adalah rasa RINDU yang melebihi yang selayakNYA..
sangat memeritkan.... adakah kerana kita tidak merasa kehilanganNYA??kerana apa?

kerana DIA sentiasa berada di sisi kita. setiap saat membekalkan oksigen, rezeki, keindahan..
adakah rasa rindu itu sendiri perlu hadir saat segala nikmat telah ditarik??
hhmmphh..saya sendiri tiada jawapan yang pasti..

namun alangkahkah indahnya jika setiap saat RINDU itu hadir khas untuk si DIA..
(proses mencari RINDU)!!


nasi lemak buah bidara
daun selasih bungannya serumpun
sekian dahulu dari saya
tersilap bicara harap diampun..
(ni kes pantun pengakhiran untuk ucapanlah..)

***********************************************************************************************************

p/s: ni kes dah meRINDU zaman sekolah lah nih, wat teks panjang2, hafal berjela-jela, pastu pegi masuk pertandingan..heheheh maaf yer smeua..

Saturday, March 26, 2011 | By: Theye

untung



assalamualaikum...
first of all...siapa suka berniaga???? show me ur hand plezzz.... aiii xramai ker???
okay2..nak tukar soalan....
siapa kat sini yang suka..eemmm suka... JENG JENG JENG!!!!
siapa nak UNTUNG????!!!!angkat tangan mcm saya!!!!....

kali ini, saya nak share satu busness atau cara nak buat untung dengan paling mudah!!!
eh eh...janganlah takut..ni bukan MLM tau2!!!! konsep dia..siapa yang
buat, dia yang dapat!
bak kata pepatah arab..man jadda wa jada, wa man zaraa' hasodah..
(siapa yang berusaha dia dpt, siapa yang menanam dialah yang mendapat hasilnya)

baiklah..kita cerita pasal untung dulu kemudian baru beralih ke pada cara nak apply yerk!!! *Wink* (UNTUNG UNTUNG..di mana kau UNTUNG)

cara pengaliran untung tu adalah..tiap saat tiap ketika..akan sentiasa masuk, bygkan dlm 24 jam sehari, xkira kita mkn, duduk saja, tido, main2, study...UNTUNG tu masuk jer..berterusan...xhenti2...haaa suka x????

okay2..meh nak sahre cara nak apply kay...
syarat dia 2 jer..
  • buat kerana Allah
  • ikut syariat
cara bisness tu adalah..menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan! bila sesuatu yang dibuat atas nama Allah..insyaAllah Allah akan sentiasa memebri ganjaran kepada kita, bayangkan kalau setiap saat kt sebut, atau niat dalam hati...
setiap saat kt dpt UNTUNG..haaa suka x??? suka kan2..mn lagi nak dpt benda mcm gini atas dunia nih???

modal????
  • air liur
  • hati
mmglah tiada mana2 buku bank yang kt boleh rujuk nak tgk sejauh mana keUNTUNGan kita, tp..insyaAllah Allah kan Maha Adil, xkan terlepas satu pon perbuatan baik yang dibalas kan2..

bila difikir balik, jika perlakuan ini dah menjadi habit bagi diri...waktu kita nak buat perkara-perkara yang melanggar syariat, mesti terpikir kan2..

"xkan ini pon nak niat kerana Allah??"
jesteru sedikit sebanyak..dptlah mencegah kita dr melakukan kemungkaran..ye x??? insyaAllah...


jesteru tanya diri anda...anda berminat untuk mendapatkan UNTUNG dengan mudah???
jangan tunggu lagi..jangan lepas peluang!!! anda jugak digalakkan unttuk menyebarkan kepada rakan2 anda...
"SHARING IS LOVING"
"everyone got opportunity, depend on us, wanna grab it or leave it.."
credit to penulis

Friday, March 25, 2011 | By: Theye

~bersyukur dengan apa yang ada~


Let us begin with bismillah,

Let us end with alhamdulillah.

That is the days of our lives,

Hopefully we receive the rahmah (blessings) from Allah..


motif saya pada hari ini adalah..untuk menginagtkan diri yang makin lama makin tenggelam dengan arus kepesatan dan kemelaratan harta kebendaan disamping ddengan segala tugas tidak pernah lapuk dek hujand an tidak lekang dek panas..

(okay..ini sudah lebih)

ehem3....

kembalilah kejalan yang benar wahai diri..


pernah tak walau sedetik dlm hidup kita, kt tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat..

seperti..

" kenapa u aku ni xjadi u terhebat di malaysia macam USM?'

" aiyo!!!napa broadband hari ni slow giler..giler pon xslow mcm ni"


and so on..maaf lah yer..penulis tidak berbakat dalam bab mengelistkan perkara seumpama ini..hehehe

kenapa mesti merungut??? sedar atau tidak, saat kita merungut adalah saat kt tidak berpuas hati dengan pemberian Allah, dengan kata lainyer ..kita tidak bersyukur.. sebernarnyer..kita merungut adalah disebabkan..

sudut pandangan negative yang kita ambil melebihi dari sudut positive..

org kata mcm nih..

"lebih sudu dari kuah" (tp..mcm xkena jer peribahasa ni)


jom kita pakat-pakat..lepas nih...

kita cuba untuk menyediakan diri..untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki..elakkan dari merungut..

sebabnyer..bila kita merungut..kita yang rugi!

hidup tidak tenteram, selalu murung

percaya x..org yang bersyukur nih adalah orang yang ceria???

caya x??? ala..percaya lah/...

okay fine! kalau xpercaya... cubalah praktikkan rasa bersyukur nih..

syukur nih apa yer??

eemm mcm menerima sesuatu dengan hati yang terbuka..

tp jgn salah erti kan.. bukannya dalam situasi, kita tidak eprnah berusaha, then dpt result teruk, so saat tu boleh lak bersyukur??? haa klu dalam situasi sedemikian... kita kena bersyukur dan... kita kena BERUSAHA lagi..


GO OURSELF GO!!!


kenapa yer kena bersyukur???

sebab...


Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.


see..hebatkan bersyukur nih...

salah satu cara untuk tunjukkan rasa bersyukr..ialah dengan menyebut ALHAMDULILLAH..

"salah satu Keajaiban kalimat syukur dapat kita lihat hasil penelitian Dr. Masaru Emoto, seorang ilmuwan Jepun, dimana jika kita bersyukur di hadapan air, terima kasih, maka molekul airnya membentuk sebuah kristal-kristal yang indah dan mempesona..padahal tubuh manusia 75% terdiri dari air, Otak 74,5% air, Darah 82% air, Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Betapa hebatnya tubuh manusia jika setiap saat, minit dan jamnya selalu dihiasi dengan kalimat syukur Alhamdulilah.."

kenyataannyer..dari link ini

hebatkan kuasa bersyukur..

lagikan..untuk sentiasa menukarkan dari sentiasa merungut kepada sentiasa bersyukur...

ialah.... tukarkan sudut pandangan..

satu contoh.. jika kt merunngut broadband slow, at least masih boleh gunakan, masih boleh mengakses dan berbals comment di mukabuku... mungkin tidak pada ketika itu (tyme bb slow) tapi..hari2 sebeblumnyer..24 jam klu boleh nak on9 kan2..

haaa cuber pikir..tyme broadband boleh berfungsi dgn elok..tader pulak kt nak ckp

"terima kasih broadbband..sayang awak!!mmuah3!!!"

tapi..sebaliknyer bila broadband mogok kejap..aish..macam2 istilah yang keluar kan2..

maknanyer..pandang ke arah positive..

dan..inglah lagu ini saat bibir ingin meluncurkan rungutan..

"~dan bersyukur dengan apa yang ada~"

(tambah sound effect sambil menggoyang badan kekiri dan ke kanan untuk menikmati hasil yang terbaik)

cukup rasanya untuk kali ini..

moga membawa manfaat kepada kita semua...

insyaAllah..

Sunday, March 20, 2011 | By: Theye

memori in langkawi

01:56
21 march 2011
meja study unisza

i do have memories in langkawi since i ever went there twice in my whole life....only juz for this tyme ( i hope)

naper yer tetiba teringt kisah nih??? sebabnyer..kawan2 baaru je balik dr langkawi...saat ni sy xikut serta disebabkan beberapa sebab yg menghalang..

1st time pegi, kecik lagi, ikut family day office ibu
tp saat yang kecil tu, xsemua benda mampu diingati
apa yang tanggal hanya memori di dalam bas
di saat seorg makcik yang tidak saya kenali mengofer roti sandwish!!! mmm yummy!
terigt dialog makcik tuh..
"lapar ker??? nak sandwish?"
dan..saya xingt tindakan sy ayng seterusnya...
lagi,,,,
kllu kat jeti tgk air yang hijau..
teringin sangat nak sentuh!
time tu tanya kt ibu, air laut tu boleh mandi x??? ibu ckp xboleh..
tertanya-tanyalah jugak kenapa..
dlm hati..teringin nak celup satu jari kt dlm laut tu...
nak tgk..ada x ikan jaws mkn..
hehehe tader kerja kan..

2nd tyme datang bawah matrix..
ada promosimatrikulasi
saat tu dttg dgn sahabat handai..mcm aufa, kak umi, muni, efa...dan kawan2 yang lain...
mmg seronok!
sebabnya.....
dpt shopping coklat!!!! lecturer bg masa nak berbelanja
so..amik kesempatan yang ada nak survey dulu semua kedai2 coklat..
kedai termurah yang sy pernah jumpa..

kinder bueno : 2kotak=rm 19.90
coklat bar besar: 3 bar= rm 15.00
camior ; 1 kotak = rm 1.20
coklat beryl's bottle : 2 botol=rm 19.90

terpulanglah klu kater tu mahal..bg sy..tu dh murah tuh
and..sy dh xingt kat mn kedai tuh..
sibuk berjalan smpi xsedar masuk kedai apa..
hheehe

sy masih ingt lagi..
kenangan bergambar dgn penguin dgn aufa dan kak umi...
kat depan aquaria terbesar tuh....
tp xdpt masuklah!!!
atas kekangan ekonomi dan masa...
(tpbab beli coklat..tade rpon kekangan ekonomi..pelik betul!)

hhhmm lepas nih..apa lak yer kenangan sy di langkawi..
mungkin ada, munngkin tidak!

sy nak highlightkan kat sini kenangan tu..
kadang org rasa biasa jer..
tp ia penting utk kita..
walau apa pon kenangan kite..
hargailah ia..
sebab..ia membuktikan yang kt punyai ingatan yang KUAT!!!
hehehe

(xder kerja pg post yg bukan2)

~Thend~